suria

Tak mengaku penyondol, wanita bagi alasan sakit mental dekati suami orang... Tahu buat salah tapi ‘dahaga’ perhatian

Seorang wanita mendakwa dirinya mengalami sakit mental. -Gambar hiasan

MENJADI perosak rumah tangga merupakan perbuatan yang sangat terkutuk.

Namun bagi seorang wanita, dia mempunyai alasan tersendiri mengapa dirinya terdorong untuk mendekati lelaki yang bergelar suami.

Dakwanya, dia bertindak sedemikian kerana mengalami masalah kesihatan mental dan sentiasa memerlukan peneman berlainan jantina bagi menguatkan semangat hidupnya.

Hubungan tanpa ikatan yang sah adalah haram. -Gambar hiasan

Timbul masalah apabila teman yang dicari adalah dalam kalangan suami orang, bukan lelaki bujang.

"Saya tak ada pun ciri-ciri atau personaliti seorang penyondol. Tapi itulah, saya sekarang sudah hampir dua tahun bermain kayu tiga dengan lelaki orang. Saya pun tak pasti kenapa saya jadi begini, lemah sangat ke saya?

"Setiap tiga bulan mesti saya akan minta putus sebab saya tahu apa yang saya buat ni salah. Tapi setiap kali tu juga lelaki tersebut akan pujuk saya, saya jadi lemah, maka saya pun kembali semula kepada dia.

"Saya pernah buat perjanjian dengan lelaki tu, kalau saya jumpa orang yang lebih baik, saya akan tinggalkan dia. Cuma pasangan saya tu akan cakap begini pula, awak pasti ke lelaki tu betul sayang awak? Benda ni buat saya serba salah.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dalam pantang, suami ‘makan’ luar... Makin sakit hati penyondol pula bangga tayang momen ‘dating’ sana sini

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis sorok muka kekasih sebab tak kacak, tapi tayang logo kereta H... BF tak kecil hati, anggap GF risaukan penyondol

"Saya ada berjumpa dengan psikiatri untuk buat diagnos, daripada situ saya boleh rumuskan yang mungkin keadaan mental menyebabkan saya terdesak mendapatkan pengiktirafan daripada lelaki," katanya menerusi luahan di laman X.

Bercerita lanjut, dia turut mendakwa kini bergantung pada ubat-ubatan yang dikatakan dapat mengembalikan semula keyakinan dirinya.

"Apabila saya makan ubat tu, keadaan diri saya akan lebih tenang dan tidak memerlukan perhatian daripada lelaki.

Sakit mental awak tu sebenarnya kambing hitam je, yang betul bermasalah adalah hati awak tu.

WARGA MAYA

"Kalau tanpa ubat tu, jauh dalam diri saya akan timbul rasa kebergantungan kepada lelaki. Tak tahu macam mana nak perjelaskan, sesiapa yang pernah melaluinya akan faham maksud saya," ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menyelar kenyataan wanita itu yang dianggap tidak munasabah.

Pelayar bertukar pandangan.

"Awak ni perempuan murahan, semua alasan je lebih, nak menyucikan apa yang haram. Awak sendiri sedar yang diri awak degil, liat nak lepaskan suami orang, awak ingat dengan ubat yang awak makan tu boleh membantu ke?

"Sakit mental awak tu sebenarnya kambing hitam je, yang betul bermasalah adalah hati awak tu. Semua yang awak tulis ni sebenarnya justifikasi lemah, kononnya mangsa keadaan dan diri awak tu baik," demikian kata warga maya.

Sebagai peringatan, janganlah seseorang itu menghampiri zina dan perbuatan zina itu adalah dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain