KISAH mengenai hubungan terlarang yang berlaku di tempat kerja kerap menjadi bualan hangat di media sosial. Di platform X, seorang pemuda turut meraih perhatian netizen selepas dia berkongsi kisahnya menjalinkan hubungan sejenis di tempat kerja. Lebih mengejutkan, kekasih gelapnya itu merupakan pekerja senior yang sudah berumah tangga dan memiliki cahaya mata. Pelaku homoksesual berisiko dijangkiti HIV. -Gambar hiasan "Saja nak luah, aku berusia 26 tahun. Bekerja pejabat di tengah Kuala Lumpur. Semua tengok aku baik dan sopan. Tiada siapa tahu aku tidur dengan rakan sekerja. "Yang teruknya, rakan sekerja aku ni lelaki. Aku pun tak tahu macam mana boleh terjebak. Dia umur 42 tahun, dah kahwin dan ada anak. Dia selalu tipu isteri, kononnya outstation. "Lepas tu dia akan bermalam di hotel dengan aku. Aku kasihankan isterinya. Dekat pejabat, kami hanya kawan normal," kata pemuda itu. Susah nak berhenti. Salah satu sebab aku rasa lelaki ini memberi aku peluang, kerana dia rapat dengan bos. PENGADU Walaupun berasa simpati dan bersalah, pemuda itu bagaimanapun mengakui sukar untuk dia menamatkan hubungan songsang itu. Malah, dia melihat keakraban dengan pekerja senior itu sebagai batu loncatan untuknya meraih lebih banyak peluang di tempat kerja. "Aku rasa kasihan dengan keluarganya, tapi susah nak berhenti. Salah satu sebab aku rasa lelaki ini memberi aku peluang, kerana dia rapat dengan bos. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Gay tegar’ dimandikan ustaz! Mahu bertaubat, minta dibantu putuskan hubungan songsang ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi mesej dengan anak ikan siap bersayang-sayang, isteri reda dapat suami gay... Usaha putuskan hubungan songsang gagal! "Kalau ada projek, dia cadangkan nama aku. Aku cuba juga untuk hentikan hubungan ini, aku pernah jumpa keluarganya. Mereka sangat baik. "Aku tak tahu bagaimana reaksi mereka kalau tahu ayah mereka tidur dengan lelaki lain selain ibu mereka. Aku takut, kasian dan sedih. "Isteri dia lawa. Aku pun tak faham kenapa dia buat macam ni. Aku penat tapi terperangkap dalam semua ini," luahnya lagi. Setiap individu perlu menjaga batas pergaulan di tempat kerja. -Gambar hiasan Menjengah ke ruangan komen, ramai pelayar X menyelar tindakan pemuda itu kerana meneruskan hubungan songsang apatah lagi inviddu berkenaan sudah berumah tangga. "Bertaubatlah sebelum terlambat. Takkan nak kena tungu HIV dulu baru nak berhenti? "Rezeki kau dah tak berkat. Cepat bertaubat dan cari kerja lain sebelum Allah turunkan bala. "Tolong beritahu isterinya. Isteri dia berhak untuk hidup. Kesian dia kalau dapst HIV daripada hubungan korang," komen netizen. Sebagai peringantan, mengamalkan hubungan sejenis adalah dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube