SEBAGAI ketua keluarga, suami seharusnya menunjukkan teladan yang baik kepada isteri dan anak-anak. Namun, seorang wanita yang mendirikan rumah tangga sejak empat tahun lalu meluahkan rasa kesal mengenai sikap suaminya. Menerusi satu luahan tanpa nama di laman Facebook, wanita itu mendapat tahu tentang ketagihan jelik suaminya yang terbongkar dengan cara tidak disangka-sangka. Telefon pintar seseorang boleh menyimpan seribu satu rahsia. -Gambar hiasan "Ketika itu kami sekeluarga sedang bercuti, kami keluar makan malam bersama-sama. Sementara tunggu makanan sampai, anak kecil duduk merengek nak tengok kartun menggunakan telefon pintar. "Selalunya memang saya bagi anak tengok cerita kartun selama 15 minit sebab takut dia menangis dan mengganggu persekitaran. Tapi pada hari tu telefon saya kehabisan bateri, jadi terpaksa guna telefon suami. "Semasa saya mencari cerita kartun dalam telefon suami, saya secara tak sengaja menekan masuk aplikasi X. Saya tak tahu pun itu aplikasi apa sebab saya tak pernah muat turun, jadi saya sengaja scroll sekejap. "Alangkah terkejutnya apabila saya nampak ada banyak video lucah dalam aplikasi X tu, saya pun cepat-cepat tutup sebab risau orang belakang nampak," katanya yang merupakan ibu kepada seorang anak lelaki. ARTIKEL BERKAITAN: Mak perangai pelik, carian Google di telefon mengejutkan! Anak takut bawa suami dipanggil ‘sayang’ balik kampung ARTIKEL BERKAITAN: Suami galak cerita aksi di ranjang dengan kawan perempuan, bincang kenapa isteri belum hamil... Siap borak hal klimaks! Mula berasa curiga dengan apa yang dilakukan suami di belakangnya, wanita itu memberanikan diri untuk memeriksa pula aplikasi WhatsApp. "Menggigil tangan saya baca, rupanya suami ada mesej dengan seseorang di WhatsApp dan mesejnya berbaur lucah yang agak melampau. Terluka sangat hati ni. Bimbinglah dia untuk bertaubat. WARGA MAYA "Untuk pengetahuan, suami tak pernah bagi saya akses telefonnya (kata laluan) sejak kahwin, kononnya hak privasi dia. Jadi saya pun tak cakap apa-apa sebab takut berdosa," luah wanita itu. Wanita berkenaan kemudian berterus-terang dengan suaminya dan cuba mencari punca dirinya diperlakukan sedemikian. "Suami buat pengakuan depan saya bahawa nafkah batin yang dia dapat tak mencukupi. Saya terkilan sangat apabila mendengar begitu, bukannya saya sengaja tak bagi. Kadang-kadang saya penat balik kerja, uruskan anak dan buat kerja rumah lagi. "Ada juga hari saya kurang sihat kerana gastrik, tapi suami gagal memahami semua perkara itu. Saya tengah fikir apa tindakan yang saya patut buat. Sebahagian pandangan warga di ruangan komen. "Saya risau nafsu suami tak dapat dikawal kerana ketagihan pornografi, ia adalah satu persekitaran yang kurang sihat memandangkan anak pun sedang membesar," ujarnya mengakhirkan luahan tersebut. Di ruangan komen, warga maya menasihatkan wanita itu supaya berhenti bekerja agar dapat memberi layanan berkualiti kepada suaminya. "Mungkin kalau sis baiki nafkah batin yang diberikan, suami akan lebih setia. Bentukkan diri sis seperti apa yang dia nak, baru suami tahu yang 'real' itu lagi best. Mesti dia dah tak layan imaginasi selepas ini. "Cakap dekat suami yang awak nak berhenti kerja supaya boleh 'bertenaga' untuk layan kehendak dia. Cuma suami pun kena bekerja keras la nak tampung kewangan. "Apa-apa pun suami sis tetap salah, sebab tengok pornografi tu sudah tentunya haram di sisi agama. Bimbinglah dia untuk bertaubat," demikian antara komen warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube