INDIVIDU yang sudah berumah tangga harus menjaga batas pergaulan bagi mengelakkan timbulnya sebarang fitnah. Di platform X, seorang wanita meluahkan rasa bimbang apabila mendakwa suaminya kini suka berhibur di kelab malam bersama rakan-rakan sekerjanya. Menurut pengadu, dia sukar mengawal situasi itu memadangkan suaminya hanya pergi ke kelab malam ketika ada urusan kerja di luar negara. Kejujuran merupakan kunci utama kebahagiaan rumah tangga. -Gambar hiasan "Sejak awal kahwin suami kerap kerja overseas. Sebab syarikat dia ada projek dekat luar. Suatu hari, dia cakap teringin nak merasa pergi kelab malam. Sebab dia tak pernah masuk kat Malaysia. "Dia nak tengok suasana dan muzik dalam tu. Aku cakap pergilah rasa sekali. Dia pergi kelab malam luar negara dengan kawan-kawan lelaki," ujarnya memulakan cerita. Menurut pengadu, dia mula rasa kurang senang apabila kunjungan kedua suaminya ke pusat hiburan turut disertai rakan sekerja berlainan jantina. Aku hanya tinggalkan WhatsApp cakap jangan buat benda bukan-bukan belakang anak bini. ISTERI "Kali kedua dia pergi, tapi ada kawan sekerja perempuan sekali. Hati aku macam berbelah-bahagi, tak ada la rasa okey sangat masa tu. Kalau cakap tidak, kesian pula. "Sebab tempat dia duduk ni tak ada hiburan sangat. Mula-mula aku rasa okey, tapi selepas itu dia update aku, dia keluar lambat sebab tunggu kawan sekerja perempuan dia, aku mula rasa tak okey," ceritanya lagi. Menurut wanita itu, dia turut memberi pesanan kepada suaminya agar sentiasa mengingati keluarga dan tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jelik tengok pelajar guna duit zakat, elaun Mara pergi clubbing - “Sedarlah kau tu miskin” ARTIKEL BERKAITAN: Bengang tak boleh ambil duit tip dari pengunjung kelab malam, Nathalie Holscher mahu guna beli susu anak "Masuk je pukul 2 pagi aku hubungi dia, WhatsApp dia. Semua tak angkat. Beberapa minit lepas tu aku hubungi lagi baru dia angkat. Dia cakap dalam tu tak ada rangkaian. "Aku hanya tinggalkan WhatsApp cakap jangan buat benda bukan-bukan belakang anak bini. Kalau Tuhan nak tunjuk, memang akan tunjuk. "Kemudian dia balas mereka pergi bertiga je. Dua lelaki, seorang perempuan. Dia cakap tiada apa berlaku. Aku tak boleh terima, sebab siapa tahu kan?" ujarnya yang kini sedang mengandung anak kedua. Emosi wanita boleh terganggu sekiranya suami melakukan perkara yang tidak sepatutnya. -Gambar hiasan Segelintir pelayar X turut menyelar tindakan wanita itu yang membenarkan suaminya berhibur di kelab malam. "Kamu berdua punya relationship level halal haram macam lain je sebab jaranglah jumpa laki bini boleh borak cakap pasal nak pergi kelab malam lepas kahwin. "Kenapa isteri benarkan suami pergi ke tempat maksiat begitu? "Pergi kelab buat apa? Suruh dia pergi masjid. Kamu dapat pahala, dia dapat pahala," tulis beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube