suria

Syok bentang tikar di Bukit Broga, 2 pendaki bikin panas! Ramai terpaksa lupakan hasrat rakam kenangan terindah di puncak

Dua pendaki didakwa menimbulkan rasa kurang senang pengunjung Bukit Broga.

BUKIT Broga di Semenyih, Selangor sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia sebagai tumpuan untuk beriadah.

Populariti Bukit Broga yang semakin meningkat menyebabkan lokasi ini padat dengan pendaki terutamanya pada hujung minggu dan musim cuti sekolah.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap segelintir pengunjung Bukit Broga yang disifatkan sebagai mementingkan diri sendiri.

Panorama yang memukau di puncak Bukit Broga. -Gambar hiasan

Menurutnya, pendaki yang dimaksudkannya itu tidak bertimbang rasa dengan orang sekeliling ketika berada di puncak Bukit Broga.

"Saya minta maaf sangat jika hantaran saya ni ada mengguris hati sesiapa, tapi niat saya cuma mahu menegur.

"Waktu saya naik Bukit Broga tempoh hari, ada dua remaja lelaki ni bentang tikar atas sebuah batu yang merupakan titik tertinggi di Bukit Broga.

ARTIKEL BERKAITAN: Amukan peniaga medan selera! Sepakat tampal nota amaran setiap kereta, berang penduduk sekitar salah guna tapak parkir

ARTIKEL BERKAITAN: “Pelanggan aku lari sebab kau” - Rumah jadi parking lot sebab jiran jual burger, dah tegur tapi kena ‘sound’ pula

"Biasanya orang akan beratur untuk bergambar secara bergilir-gilir di batu tu sebagai tanda sudah berjaya menawan Bukit Broga. Tapi sedih sekali apabila ada manusia seperti dua remaja lelaki ni tiada common sense.

"Macam mana awak boleh syok duduk atas batu tu, sehinggakan yang lain terpaksa menyelit dekat tepi untuk bergambar. Spoil jadinya, kami tak mahu ada kelibat awak dalam gambar kami," ujar wanita tersebut.

Tambah wanita itu, dia pada mulanya berhasrat untuk menegur kedua-dua remaja berkenaan tetapi bimbang keadaan akan menjadi tegang.

Ini mesti sama spesies dengan mereka yang suka melepak lama-lama dekat restoran, padahal dah habis makan.

WARGA MAYA

"Ingat nak tegur je waktu tu, tapi apabila fikir balik orang muda ni mesti ada ego, takut mereka malu pula sebab tengah ramai pengunjung dekat situ.

"Jangan buat lagi ya macam ni, awak (remaja) sepatutnya cakna dengan keadaan sekeliling, ramai yang menunggu giliran untuk naik atas batu tu. Kami siap gunakan bahasa mata dan berkias lagi bercakap depan awak supaya awak sedar.

"Awak sepatutnya boleh faham apa yang kami maksudkan, ini awak buat tak tahu je, siap berbaring lagi. Ada seorang pendaki perempuan tu saya perasan hampir tergelincir waktu turun batu sebab nak elak tikar awak.

Antara komen warga maya.

"Jangan hanya fikir tentang diri sendiri je. Biasanya pendaki Bukit Broga akan panjat sekejap je batu tu untuk bergambar, kemudian turun semula sebab nak bagi peluang dekat orang lain," katanya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya turut menyuarakan rasa geram mereka dengan sikap sebegitu.

"Ini mesti sama spesies dengan mereka yang suka melepak lama-lama dekat restoran, padahal dah habis makan, tak kisah pun dekat orang lain yang duduk cari meja kosong. Langsung tiada keprihatinan.

"Waktu mendaki pun ada yang perangai macam ni, dah tahu trek tu sempit, boleh pula kau berhenti dekat tengah-tengah laluan nak bersembang. Memang menguji kesabaran betul," demikian antara komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain