suria

Wanita terkejut dapat tahu anak ada ‘ibu susuan’, rupanya angkara kakak ipar!

Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi. -Gambar hiasan

MEMILIKI susu badan yang banyak merupakan satu anugerah.

Bagaimanapun memberikannya kepada bayi lain tanpa kebenaran ibu bapanya adalah perkara yang tidak wajar dilakukan.

Begitulah yang dialami wanita ini apabila anaknya disusui kakak ipar tanpa pengetahuannya mahupun suami.

Lebih menyedihkan apabila perkara yang berlaku kira-kira tiga tahun lalu, hanya diketahui awal September lalu selepas individu terbabit memuat naik hantaran berkaitan di laman Facebook.

Susu ibu membantu meningkatkan daya imunisasi anak-anak. -Gambar hiasan

Susu ibu membantu meningkatkan daya imunisasi anak-anak. -Gambar hiasan

Meluahkan rasa terkilan, wanita yang enggan mendedahkan identiti itu berkata, 'pemakluman' yang dibuat secara tidak langsung itu menyebabkan dia ingin mengambil tindakan tegas termasuk menggunakan saluran perundangan.

"Saya nak tanya, bolehkah saya saman ipar yang menyusukan anak saya tanpa izin saya dan suami?

"(Penyusuan) tanpa pengetahuan kami dan dia memberitahu pengikut media sosial bahawa sudah menjadi ibu susuan anak saya," coretnya di laman Facebook.

Menurut wanita ini, perkara tersebut juga diakui sendiri kakak iparnya semasa mereka membincangkan isu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pandai-pandai suap susu badan! Wanita berang kenalan rapat acah nak jadi ibu susuan, ‘breastfeeding’ anak tanpa kebenaran

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki susu badan melimpah... Rita Sosilawati dapat 10 auns sekali pam, siap mampu bagi bekalan untuk anak susuan

"Dia buat pengakuan menyusukan anak saya masa umur empat bulan dan kami baru tahu masa anak dah berumur tiga tahun lapan bulan, sekarang ni.

"Masa tu saya keluar sekejap sahaja dan tinggalkan anak pada ibu... kemudian dia dan abang saya datang ke rumah.

"Katanya anak saya meraung macam nak susu dan dia terus berikan susu badan sendiri," luahnya dalam nada sayu.

Ujar wanita ini, sepanjang ketiadaan di rumah, dia sudah menyediakan stok susu badannya serta susu formula untuk anak.

Menyusu sekali tu bukan dikira anak susuan lagi... kena sekurang-kurangnya lima kali kenyang.

WARGA MAYA

Sehubungan itu, dia mempersoalkan kenapa kakak iparnya tidak memberikan susu yang disediakan mahupun menghubunginya untuk meminta kebenaran sebelum membuat keputusan sendiri.

Bukan itu sahaja, semasa perbincangan berlaku, kakaknya juga enggan memohon maaf berhubung isu terbabit dan menganggapnya sebagai perkara remeh.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya menyelar wanita ini kerana tidak menghargai pengorbanan kakak iparnya yang membantu menyusukan anak.

"Patut berterima kasih kerana bagi anak kau kenyang minum susu, berzikir la dengan waras.

Kebanyakan warga maya tidak bersetuju dengan tindakan wanita ini untuk memfailkan saman terhadap kakak iparnya.

Kebanyakan warga maya tidak bersetuju dengan tindakan wanita ini untuk memfailkan saman terhadap kakak iparnya.

"Bincanglah elok-elok... ada hukum dan syaratnya juga, lima kali kenyang atau lebih. Itu pun nak saman-meyaman, kalau jadi ibu susuan pun apa salahnya.

"Menyusu sekali tu bukan dikira anak susuan lagi, kena sekurang-kurangnya lima kali kenyang. Tak saman pun tak apa cuma maklumkan yang awak tak suka," ujar segelintir warga maya.

Bagaimanapun, tidak kurang juga yang menyokong tindakan wanita ini untuk memfailkan saman terhadap kakak iparnya sebagai pengajaran kepada individu lain supaya tidak memandang remeh tentang pemberian susu ibu.

Ia berikutan, anak susuan akan menjadi mahram kepada perempuan yang menyusukan dan suaminya, begitu juga terhadap keturunan kedua-dua suami isteri tersebut sebagaimana dijelaskan dalam laman web Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain