SEORANG wanita tular di media sosial selepas dia mendedahkan kisah kakaknya berdepan pengalaman menakutkan di sebuah hotel. Dakwa wanita itu, seorang individu cuba menceroboh bilik penginapan kakaknya di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah, pada awal pagi Selasa. Menurut wanita itu, kakaknya tersedar kira-kira pukul 5.40 pagi selepas mendengar pintu biliknya cuba dibuka oleh individu tidak dikenali. Kaum Hawa perlu lebih berhati-hati dalam zaman serba mencabar ini. -Gambar hiasan "Nak kongsi kisah menakutkan kakak saya, ia berlaku sekitar pukul 5.40 pagi. Dia terbangun sebab terdengar tombol pintu dipusing. Rupanya ada orang cuba buka pintu bilik hotel dia. "Kakak saya pegang tombol pintu untuk menghalangnya. Tapi orang itu tetap mencuba. Paling mengejutkan, orang tu siap pakai kad kunci bilik tu, terdengar bunyi tap kad pada pintu dan pintu terbuka. "Kakak saya yang berdiri depan pintu tu terus tolak kuat dan kunci balik... fuh, seram!," katanya sambil menambah kakaknya menginap di hotel itu selama satu malam sebelum berangkat pulang ke Labuan, Sabah. Kakak saya pegang tombol pintu untuk menghalangnya tapi orang itu tetap mencuba. ADIK MANGSA Menurut wanita itu lagi, kakaknya terpaksa duduk di hadapan pintu sehingga pukul 7 pagi kerana risaukan keselamatan diri. "Kakak saya hubungi lobi untuk semak kamera litar tertutup (CCTV). Pekerja itu kata hanya mengurus saja boleh buka dan tengok CCTV. "Pekerja itu tanya nombor bilik berapa tapi kakak saya terdiam dan baru tersedar contact number hotel tu sediakan di bilik bukan macam nombor hotel biasa. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita pelik cara staf hotel layan tetamu... Tak mahu layan aduan TV rosak, dah check out terus minta bayar ganti rugi ARTIKEL BERKAITAN: Pukul 2.30 pagi pintu bilik hotel diketuk, suami terkejut isteri muncul tiba-tiba! Gigih datang dari Johor ke Langkawi nak ‘spot check’ "Biasanya (nombor) 088, tapi ini nombor biasa 016. Dia duduk di hadapan pintu sehingga 7 pagi dan daftar keluar kira-kira 8.30 pagi," ujarnya yang turut menasihati kaum Hawa agar sentiasa berhati-hati ketika berseorangan. Di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa bimbang dan mendakwa ia berkemungkinan didalangi kakitangan hotel itu sendiri. "Hati-hati, selalunya setahu saya master key tu hanya pekerja yang pegang. Mustahil kad lain dapat akses bilik lain. Keselamatan tetamu harus menjadi keutamaan pihak hotel. -Gambar hiasan "Lapor polis, minta buka CCTV, kalau tak, bahaya kalau dibiarkan tak ambil tindakan. "Dulu adik saya pernah cuba-cuba buka bilik sebelah pakai kad bilik kami. Boleh buka tau. "Kadang-kadang tu orang mabuk balik Subuh, lupa nombor bilik," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube