TAK pernah terbayang akan merasai pengalaman diganggu makhluk halus, lebih-lebih di siang hari. Namun itulah nasib yang menimpa seorang guru wanita di sebuah sekolah rendah di Pahang pada minggu terakhir sebelum cuti persekolahan pertengahan September, baru-baru ini. Cerita guru yang baharu saja ditempatkan di sekolah berkenaan sejak tujuh bulan lalu itu, kejadian seram tersebut berlaku di Pusat Sumber Sekolah (PSS) apabila secara tiba-tiba dia terdengar bunyi burung dan loceng rantai tanpa henti. Menceritakan secara ringkas tentang kejadian itu di Facebook, guru terbabit menyatakan dia berseorangan di PSS di tingkat empat bagi tujuan mendapatkan senarai nama pemenang sempena pertandingan bulan kemerdekaan dengan semua guru dan murid lain berada di dewan sekolah. Panel juri membuat penilaian hasil kerja murid di Pusat Sumber Sekolah. "Sedang aku memerhati nombor pada setiap hasil kerja dan menyalin nama murid yang menang mengikut giliran, aku tiba-tiba dengar macam bunyi burung sesat terbang. Serentak selepas itu, terdengar bunyi loceng rantai kaki atau bunyi macam loceng rantai leher kucing. "Bunyi loceng tu non stop, sehinggalah aku berpaling ke arah datangnya bunyi tu betul-betul depan kaunter PSS. Elok aku pandang bunyi tu jadi slow dan berhenti," katanya yang beranggapan mungkin ada individu memasang loceng dan ia berbunyi disebabkan angin daripada kipas. Guru terbabit mendakwa bunyi berkenaan kembali rancak selepas dia menyambung kerja. ARTIKEL BERKAITAN: Seram! Pelajar ikuti kelas online gempar ‘hantu’ intai belakang cikgu ARTIKEL BERKAITAN: Kebaya Merah: “Mereka Tanya Seronok Ke Takut-Takutkan Orang?” Namun akibat tidak tahan dengan gangguan itu dia mencari arah datangnya bunyi berkenaan. "Rasa geram pula, aku berhenti menulis, pergi depan kaunter dan masa ini... macam tadi juga bunyinya dah slow sekali sekala sahaja. Aku tinjau dalam kaunter, tengok tepi dinding, tengok depan kaunter, memang tiada sebarang objek yang mengeluarkan bunyi loceng. "Dalam hati aku, tersorok dekat mana la loceng ini. Masa ini dah rasa lain macam, tertanya-tanya kenapa bunyi tu berhenti apabila aku cari. Tiba-tiba dengar macam bunyi burung sesat terbang, serentak selepas itu terdengar bunyi loceng. GURU "Aku kembali menyambung kerja. Bunyi loceng itu kembali rancak, dalam hati nekad, untuk aku sudahkan kerja dengan cepat," katanya. Pada hari berikutnya, bagi mencari jawapan mengenai insiden menyeramkan itu, guru wanita berkenaan bertanya kepada murid tahun enam yang kelasnya bersebelahan dengan PSS. Namun mereka mendakwa tidak pernah mendengar bunyi loceng berkenaan. Kisah wanita berkebaya merah pernah tular suatu ketika dulu. Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, guru terbabit ke PSS dan memasang kipas serta duduk di lokasi yang sama seperti sehari sebelumnya, namun tiada apa yang berlaku. "Aku tanya dan ceritakan kepada cikgu-cikgu senior yang dah lama mengajar di situ. Jawapan mereka sambil gelak-gelak, benda itu berkenan kat aku sebab pakaian merah yang aku pakai semalam. "Ia sinonim dengan cerita misteri makhluk berkebaya dan berkasut merah yang popular kat sekolah itu. Patut la, ada cerita rupanya. Menyesal pula aku tak ajak dua, tiga orang murid temankan ke PSS hari itu," katanya menutup bicara. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube