suria

Minah salih merajuk, tak boleh cari makan di Malaysia... Disuruh buat ‘content’ promosi tapi nak bayar guna barang

Lilith sebelum ini pernah menetap di Malaysia.

PEKERJAAN sebagai pencipta kandungan dan pempengaruh mampu membawa pulangan yang lumayan jika ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Namun di sebalik dunia glamor yang kelihatan sempurna itu, banyak sebenarnya sisi gelap industri tersebut yang tidak diketahui umum.

Di TikTok, seorang pencipta kandungan dari luar negara turut berkongsi pengalamannya ketika mencari rezeki di Malaysia.

l2

Lilith berkongsi tentang pengalamannya ketika bergelar pencipta kandungan di Malaysia.

Dikenali sebagai Lilith On Planet Earth, wanita itu berkata dia meninggalkan Malaysia kerana mendakwa banyak syarikat yang enggan membayar hasil kerjanya.

"Saya akan dedahkan industri pempengaruh di Malaysia, saya sudah tidak menetap di Malaysia lagi. Tapi saya buat video ini dengan harapan ia dapat membantu pencipta kandungan yang masih menetap dan bekerja di sana selain memberi inspirasi ke arah perubahan industri.

"Memang sedih, tapi inilah salah satu sebab saya terpaksa tinggalkan Malaysia. Yang pertama, banyak syarikat tak mahu bayar. Syarikat-syarikat ini mendekati pencipta kandungan kerana menyedari nilai dan potensi mereka kepada perniagaan, namun mereka hanya ditawarkan barang percuma," ujarnya.

Mereka sedar nilai anda tapi tak menghormatinya dengan tidak membayar kerja yang dilakukan.

LILITH

PEMPENGARUH MEDIA SOSIAL

Dalam perkongsiannya lagi, Lilith berkata ramai pihak tidak menyedari kerumitan proses yang perlu dilalui pencipta kandungan dalam menghasilkan sesebuah video.

"Tapi kebanyakan masa, apabila melibatkan syarikat makanan dan minuman (F&B), kamu perlu bergerak ke sana-sini. Ya, kamu akan dapat makanan percuma, tapi sebenarnya kamu pun kehabisan wang

"Ramai orang tak sedar betapa banyak kerja yang perlu dilakukan pencipta kandungan. Bayar (kos) untuk ke lokasi, bayar peralatan mahal seperti mikrofon, bayar tambang untuk balik rumah, tulis skrip, minta kelulusan pelanggan, tukar skrip lagi, tukar video, hasilkan kapsyen dan tanda pagar yang menarik.

ARTIKEL BERKAITAN: Minah salih terkejut lihat hiasan Krismas di Malaysia, jauh beza berbanding AS

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya jujur dah tak sabar nak kembali ke Malaysia” - Minah salih ‘beku’ balik kampung, pelik orang kita suka negara sejuk

"Banyak syarikat mendekati tapi mereka tak mahu bayar. Mereka sedar nilai anda tapi tak hormatinya dengan tidak membayar kerja yang dilakukan," ujarnya.

Dakwa Lilith, dia juga pernah dianiaya apabila kerja yang dipersetujui dibatalkan pada saat-saat akhir.

"Kadang-kadang kurang profesional, saya pernah ada pelanggan yang saya dah tanda tangan kontrak, lagi lima minit nak sampai restoran, tiba-tiba mereka batalkan.

"Tapi tak semua syarikat begini, saya pernah jumpa syarikat bagus yang memberi bayaran sebelum saya edit video lagi, atau sebelum saya terima produk," dakwanya.

l1

Lilith pernah berdepan pembatalan kerja pada saat-saat akhir yang dianggapnya tidak profesional.

Akhir bicara, wanita itu memberi pesanan kepada para pempengaruh agar menyedari nilai mereka dan memastikan setiap kerja mendapat bayaran sewajarnya.

"Mungkin syarikat-syarikat ini tak sedar atau sebenarnya sedar dan mahu mengambil kesempatan ke atas pencipta kandungan yang sebenarnya lebih murah untuk dibayar berbanding kaedah pemasaran tradisional seperti papan tanda gergasi dan iklan.

"Sedar nilai diri kamu dan pastikan kamu dibayar," ujar Lilith yang memiliki lebih 140,000 pengikut di aplikasi TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain