suria

Pemuda tak ingin kahwin lepas dapat tahu bakal isteri ditangkap basah tepi tasik... Makin geram duit hantaran pun lebur!

Setiap lelaki mahupun perempuan perlu menjaga batas pergaulan. -Gamba hiasan

KETERUJAAN seorang pemuda untuk tampil segak sebagai raja sehari tidak kesampaian apabila tunangnya ditangkap khalwat dengan lelaki lain.

Hakikat yang pahit untuk ditelan, namun begitulah situasi dialaminya menjelang hari-hari terakhir sebelum bergelar suami.

Disebabkan insiden yang tidak disangka-sangka itu, dia dengan berat hati terpaksa memutuskan ikatan pertunangan dengan wanita yang disayanginya sepenuh hati.

Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan

Belum pun reda isu bakal isteri ditangkap khalwat, kini timbul masalah baharu membabitkan wang hantaran yang diberikan kepada keluarga bekas tunang.

"Macam mana nak tuntut balik duit hantaran yang sudah diberi kepada pihak perempuan?

"Saya baru je putus tunang sebab bakal isteri kena tangkap basah dekat parking Taman Tasik Shah Alam," katanya menerusi satu luahan di laman X.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ditangkap khalwat bersama 6 lelaki, tengah syok raikan parti bujang! Bakal suami enggan kahwin, nak tuntut ganti rugi

ARTIKEL BERKAITAN: Usahawan jijik dengar perbualan di kedai makan! Lelaki, perempuan rancak sembang lucah... Skandal dianggap normal

Tanpa mendedahkan jumlah wang hantaran itu, namun malangnya permintaan tersebut tidak dipedulikan.

"Dah minta pulangkan duit hantaran, tapi belah perempuan berkeras tak nak bagi," ujarnya.

Sejumlah wang hantaran diberikan kepada keluarga pihak perempuan sebelum majlis pernikahan. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, rata-rata warga maya mencadangkan pemuda itu untuk mengambil tindakan undang-undang bagi menuntut semula wang hantaran tersebut.

Malah, segelintirnya bersimpati dengan nasib bakal pengantin lelaki yang tidak kesampaian menjejakkan kaki ke pelamin.

Kalau perempuan salah, dia memang kena pulangkan semua ya... jangan buat tak malu.

WARGA MAYA

"Dugaan sungguh, sudahlah kahwin tak dapat, duit pun hilang. Betul rasa macam kena scam.

"Kalau perempuan salah, dia memang kena pulangkan semua ya. Jangan buat tak malu cakap tak mampu. Masa bersenggama tu tak fikir tak mampu pula.

"Murah maruah perempuan jenis macam ni... dengan bakal suami, kau minta hantaran untuk berkahwin. Pada masa sama, kau bagi free maruah kau pada lelaki lain yang bukan suami," demikian antara komen warga maya.

Keluarga bekas tunang enggan memulangkan wang hantaran. -Gambar hiasan

Dalam pada itu, ada yang mempersoalkan wang hantaran diberikan lebih awal memandangkan ikatan pertunangan itu belum pasti sehingga ke jenjang pelamin.

"Selalunya wang hantaran dihantar apabila waktu nikah.

"Kepada yang belum kahwin, jangan jadi bodoh okay? Hari nikah baru hang transfer duit hantaran. Tunang belum tentu kahwin.

"Duit dah tak ada la tu. Sebab itu berkeras tak nak bagi. Pasang peguam, terus saman," komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain