suria

Anggap wanita datang haid kotor... Bapa mentua marah menantu masak untuk keluarga, tak sentuh makanan dihidang

Suri rumah perlu melakukan pelbagai tugasan termasuk memasak walaupun sedang berhadas. -Gambar hiasan

GENERASI dahulu sering menganggap golongan wanita yang sedang berhadas berada dalam fasa kotor dan menjijikkan sehingga tidak dibenarkan untuk memasak mahupun menyediakan hidangan di atas meja.

Ada juga yang bertindak menegah mereka daripada duduk dan makan bersama-sama ahli keluarga yang lain selain dianggap membawa sial dalam tempoh tersebut.

Bagaimanapun pasti ramai tidak menyangka kepercayaan itu berlarutan sehingga hari ini dan masih diamalkan segelintir individu.

Meluahkan situasi yang dialami, seorang wanita mengajukan persoalan di ruangan video TikTok pendakwah selebriti, Noor Hafiz bagi mendapatkan penjelasan berkaitan isu wanita berhadas seperti haid yang tidak dibenarkan memasak.

Islam menggariskan 10 perkara yang haram dilakukan wanita berhadas. -Gambar hiasan

Islam menggariskan 10 perkara yang haram dilakukan wanita berhadas. -Gambar hiasan

Wanita itu berkata, dalam satu situasi bapa mentua bukan sahaja memarahi malah turut menghinanya sehingga enggan menikmati makanan atau minuman yang dihidangkan kerana belum mandi wajib.

"Bapa mentua saya marah-marah dan hina saya sampaikan tak makan serta minum apa yang saya hidangkan.

"Katanya saya belum mandi wajib, berdosa besar sebab hidangkan makan minum kepada keluarga," ujarnya di ruangan komen.

Pertanyaannya itu kemudian dijawab Noor Hafiz menerusi satu rakaman video.

ARTIKEL BERKAITAN: Alamak! Isteri solat Subuh tapi lupa mandi wajib, tengah khusyuk tahiyat akhir suami datang tegur... “Astaghfirullahalazim ayang!”

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz suka ‘menekan-nekan’, nak tengok bibir wanita baca al-Fatihah... Ramai pertikai cara pendakwah ini betulkan bacaan ayat al-Quran

Dia juga tidak menafikan masih terdapat segelintir individu dalam masyarakat masa kini yang menganggap wanita dalam keadaan haid atau berhadas besar sebagai kotor sehingga dilarang untuk memasak dan menyediakan makanan.

Menjawab persoalan yang diberikan, jelas beliau, ajaran Islam tidak pernah menegah perkara sumpama itu dan hanya menggariskan 10 situasi yang haram dilakukan wanita berhadas.

"Kita perhatikan ada 10 perkara dalam Islam yang tidak dibenarkan buat, bahkan haram... mendirikan solat, tawaf, berpuasa.

Dulu setiap kali datang haid, bapa tak suruh masak nasi... dia sanggup masak sepanjang anak-anak datang bulan.

WARGA MAYA

"Selain itu, (wanita berhadas) tidak dibenarkan menyentuh al-Quran, membawa al-Quran, membaca al-Quran, menetap di dalam masjid atau berjalan di dalam masjid jika takut darah menitis.

"Pada masa sama, mereka dilarang untuk melakukan persetubuhan termasuk bermesraan antara pusat hingga lutut," jelasnya secara terperinci," katanya.

Turut bersandarkan penjelasan dalam artikel terbitan Mufti Wilayah Persekutuan sebagai rujukan, ujar Noor Hafiz, tiada satu garis panduan yang menyatakan wanita dilarang untuk menyediakan makanan atau memasak untuk ahli keluarga.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya meluahkan rasa terkejut mendapat tahu situasi itu masih berlaku di zaman milenia.

Kebanyakan warga maya meluahkan rasa gembira sekiranya golongan wanita tidak dibenarkan memasak ketika berhadas besar.

Kebanyakan warga maya meluahkan rasa gembira sekiranya golongan wanita tidak dibenarkan memasak ketika berhadas besar.

Bagaimanapun, ramai pelayar wanita meninggalkan reaksi gembira sekiranya perkara tersebut benar kerana beranggapan ia adalah masa terbaik untuk mereka berehat.

"Alhamdulillah, senang kerjalah kalau dah tak mahu makan. Boleh kita rehat, tak perlu memasak.

"Senang sikit kerja, tak payah masak untuk mentua.

"Dulu setiap kali datang haid, bapa tak suruh masak nasi... dia sanggup masak sepanjang anak-anak datang bulan.

"Samalah dulu, bapa mentua marah pasal tak mandi wajib. Padahal pagi-pagi dah mandi," luah beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia