suria

Adik ipar berlagak macam tuan puteri, pemalas buat kerja rumah! Jadi punca adik-beradik berbalah lepas mak ayah meninggal

Sikap ipar duai sering menjadi punca perselisihan faham suami isteri. -Gambar hiasan

AIR yang dicincang tidak akan putus.

Begitulah perumpamaan bagi menggambarkan hubungan antara adik-beradik yang sering berselisih faham.

Meskipun mengambil masa yang lama, namun hubungan tersebut akan kembali pulih seperti sedia kala.

Bagaimanapun lain pula situasi yang dialami adik beradik ini apabila hubungan mereka kekal renggang sehingga kini.

Menerusi hantaran di Facebook, seorang wanita meluahkan kesedihan apabila dia menjadi punca pergaduhan antara adik beradik suaminya.

Kebanyakan wanita yang sudah berkahwin sukar menerima kehadiran ipar duai. -Gambar hiasan

Kebanyakan wanita yang sudah berkahwin sukar menerima kehadiran ipar duai. -Gambar hiasan

Memulakan cerita, dia yang enggan mendedahkan identiti berkata, segalanya berlaku selepas ibu mentuanya meninggal dunia pada tahun lalu.

"Suami dah lama kehilangan ayah, dia hanya tiga beradik sahaja. Kakak sulung belum berkahwin manakala adik perempuan masih belajar.

"Pada hari kematian arwah mak mentua, kakak ipar tetapkan supaya adiknya duduk bersama kami tanpa berbincang terlebih dahulu," ujarnya.

Meskipun terpaksa, dia dan suami tetap akur dengan arahan tersebut kerana menghormati keputusan kakak yang sulung.

Bagaimanapun sejak hari itu sehingga kini, dia dan suaminya sering bergaduh kerana perselisihan faham tentang pelbagai perkara.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak bongsu gaji 7K enggan balik beraya, penat jadi ‘bank’ 6 adik beradik lain! Tak bagi duit dicop ‘kedekut’

ARTIKEL BERKAITAN: Langsung tiada hormat, ikut ‘kepala’ sendiri! Abang serik gajikan adik, susah nak ‘handle’ malah menyusahkan

"Setelah setahun lebih adik ipar duduk bersama, kami suami isteri sering bergaduh. Tak kira puasa atau raya kami akan selisih faham sebab suami kesian adiknya sendirian di rumah sedangkan kami nak beraya rumah mak ayah saya.

"Adik ipar pemalas. Selalu memerap dalam bilik apabila cuti semester. Kalau tak disuruh buat kerja rumah... dia akan duduk je dalam bilik," luahnya yang sudah lima tahun mendirikan rumah tangga.

Menurut wanita ini, hubungannya dengan suami semakin tegang apabila keluarganya ingin bermalam di rumah.

Oleh itu, adik iparnya diminta tinggal bersama kakaknya buat sementara waktu kerana biliknya akan digunakan.

"Nak guna bilik dia, saya masuk bilik tu untuk kemas, sangat mengejutkan. Bilik tu bersepah sangat, baju sebakul tak basuh.

Dengar je cakap suami, mereka yang pilih untuk pergi... kakak ipar tu tak kahwin lagi sesuai adik ipar duduk dengan dia.

WARGA MAYA

"Saya hilang sabar dengan keadaan bilik tu, saya mengamuk pada suami. Entah macam mana saya terlepas kata akan keluar rumah kalau adiknya tak berubah," katanya.

Suami yang terkejut dengan tindakan drastik itu kemudiannya meminta adik ipar untuk tinggal bersama kakak sulung.

Bagaimanapun perbincangan mereka tiga beradik menemui jalan buntu sehingga kakaknya berang dan memutuskan tali silaturahim.

"Kakaknya tak boleh terima dan terus marah-marah, katanya biarlah mereka dua beradik pergi jauh dari suami.

"Sehingga kini tak bertegur sapa," tambahnya yang rasa bersalah dengan perkara yang terjadi.

Cuba menjernihkan keadaan, ibu kepada seorang cahaya mata ini meminta izin daripada suaminya untuk meminta maaf pada adik-beradik ipar.

Kebanyakan warga maya menyokong tindakan suaminya.

Kebanyakan warga maya menyokong tindakan suaminya.

"Saya minta izin suami untuk minta maaf agar hubungan mereka pulih semula, tapi suami melarang. Katanya, dia tidak pernah membuang mereka tapi mereka pilih untuk pergi," luahnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya menyokong tindakan suaminya yang tidak memberi izin untuk dia meminta maaf bagi menjernihkan semula hubungan kekeluargaan.

Malah ada yang menyatakan bahawa, kedua-dua wanita tersebut sesuai duduk bersama kerana masih belum mendirikan rumah tangga.

"Kakaknya pun bujang, sesuailah duduk berdua tapi pesan pada suami supaya jenguk adik dan kakak tu sekali sekala, bagi duit belanja sebab dia masih wali.

"Dengar je cakap suami, mereka yang pilih untuk pergi, kakak ipar tu tak kahwin lagi, sesuai adik ipar duduk dengan dia.

"Rasa bersalah tu mesti ada, tapi jangan difikirkan sangat. Lama-lama nanti baik balik... kalau saya kat tempat awak pun, saya akan mengamuk," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan