suria

Bayi baru lahir terus disuap makanan, ibu jamu bubur pisang... Ramai bimbang kesihatan anak masih dalam bedung terancam!

Seorang wanita dikecam hebat kerana menyuap bayinya dengan bubur pisang.

GOLONGAN ibu sebolehnya tidak akan memberi bayi mereka makanan pejal sebelum usia si kecil mencecah enam bulan, sebagaimana saranan pakar kesihatan dan hasil kajian.

Ada sebab mengapa umur ideal untuk bayi diberi makanan pejal ketika mereka berusia 6 bulan dan ke atas, antaranya untuk mengelakkan masalah penghadaman, mengelak risiko tercekik, masalah pernafasan dan alahan.

Namun tindakan seorang wanita yang memuat naik video di laman TikTok, memaparkan aksi sedang menyuap bayinya dengan bubur, mengundang kritikan hebat netizen.

"Bayi newborn dah makan. Abaikan sudu yang terpeleset sikit," tulisnya dalam video berdurasi 15 saat itu.

Menerusi video berkenaan, dianggarkan bayi yang masih dibedung itu berusia kurang daripada sebulan sedang disuap dengan makanan dipercayai bubur pisang.

baby 1

Bayi berusia di bawah enam bulan perlu diberi susu dan belum sesuai menikmati makanan pejal. -Gambar hiasan

Difahamkan ia bukan kali pertama kerana berdasarkan muat naik terdahulu, wanita itu turut menyuap makanan sama kepada dua anaknya yang lain ketika masih bayi.

Malah wanita dipercayai warganegara asing yang menetap di negara ini mengakui memberi anak-anaknya makanan sejak mereka lahir.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi nyaris maut minum sirap disuap ibu saudara... isi perut yang dimuntahkan benar-benar mengejutkan - “Kalau aku jadi mak pak baby ni aku report polis”

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu stres mentua pandai-pandai suap air masak pada bayi umur 2 bulan, awas ‘mummies’ Dr Imelda kata bahaya!

"Iya, daripada lahir sudah diberi.

"Insya-Allah tiada apa-apa, itu cuma tepung, nasi dan pisang.

"Anak aku sampai sekarang sihat. Kita punya cara beda-beda (berbeza)," tulisnya pada ruangan komen, ketika membalas teguran yang disuarakan netizen.

Boleh bawa maut kepada seorang bayi yang ususnya masih kecil untuk terima makanan seperti itu.

NETIZEN

Sehingga kini, video yang dimuat naik wanita berkenaan meraih lebih 830,000 jumlah tontonan.

Menjengah ruangan komen, pelbagai reaksi yang diutarakan netizen termasuk kritikan pedas serta sindiran kepada wanita berkenaan.

"Sebaiknya bagi roti canai dulu sebab newborn kan.

"Kak, nampak macam dia lapar lagi... cuba bagi kari kambing.

"Bagi nasi kandar kuah banjir okay juga... surrrr!

"Anak sulung saya macam inilah masa arwah mak mentua ada. Akibatnya umur tiga bulan kena operation sambung usus sebab tersumbat," demikian antara komen netizen.

komen baby

Rata-rata netizen mengecam wanita berkenaan.

Dalam pada itu, ada juga yang menggesa agar pihak berwajib mengambil perhatian kerana bimbang tindakan wanita berkenaan memudaratkan bayinya.

"Yang macam ni tak ada ke pakar-pakar nak saman. Please, mendera bayi macam ni.

"Kalau macam ni, polis tak nak ambil tindakan ke? Boleh bawa maut kepada seorang bayi yang ususnya masih kecil untuk terima makanan seperti itu," komen yang lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain