PEMBERIAN penilaian atau rating dan tip daripada pelanggan membuatkan kebanyakan pekerja khidmat penghantaran atau rider mula menagih simpati. Malah tindakan yang semakin dinormalisasikan itu membuatkan segelintir rider semakin berani memaksa pelanggan memberikan tip selepas tugasan diselesaikan. Melalui sendiri situasi tersebut, seorang wanita dikenali sebagai Mazmiyuki tampil mengajukan soalan sama ada pekerja penghantaran dibenarkan meminta tip atau sebaliknya. "Boleh ke rider minta tip tunai lepas hantar makanan? Katanya duit makan dia," ajunya di platform Thread. Kebanyakan rider menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama. -Gambar hiasan Menceritakan semula insiden yang dialami, ujar wanita yang menawarkan perkhidmatan solekan ini, dia membuat pesanan menerusi aplikasi e-dagang bagi membeli sarapan pagi. Katanya, selepas kira-kira 30 minit tempahan dibuat, dia menerima panggilan daripada pihak rider yang bertanyakan tentang alamat rumah. "Pagi itu saya pesan roti canai menerusi aplikasi tempahan sebab malas keluar, kemudian selepas 30 minit ada rider hubungi, dengar macam suara orang tua. "Dia tanya rumah saya tingkat berapa, padahal dalam aplikasi dah mention nombor rumah dan arahan untuk hantar makanan... dah sampai nanti letak dekat penyangkut pagar rumah dan tekan loceng. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Silap’ orang minta tip, pelanggan rupanya rider otai... Terus kena ‘sekolah’ - “Kalau macam ni, orang jadi benci” ARTIKEL BERKAITAN: Geng rider tak puas hati ada rakan bikin malu ‘bekerja sambil mengemis’... Rayu pelanggan beri tip untuk beli susu, lampin anak "Tapi sebaliknya, dia tekan loceng dan masih tunggu untuk hantar makanan," ujarnya lagi. Bagi mengelakkan rider terbabit terus menunggu, dia kemudiannya keluar dan mengambil makanan yang dipesan. Namun tanpa diduga, pekerja penghantaran terbabit bertanya sama ada dia diberikan duit makan (tip) atau tidak. "Saya cakap nanti akan bagi dekat aplikasi, tapi dia tetap tak bergerak dan tunggu depan pintu sambil tekan loceng dua kali. Saya rider, kami tak boleh minta tip atau apa-apa daripada pelanggan selain duit tempahan. WARGA MAYA "Terus pesan kat anak supaya jangan buka pintu dan masa tu tengah kelam kabut sebab baby menangis," tambahnya yang mula berasa curiga. Tingkah laku pelik rider terbabit membuatkan Mazmiyuki menghubungi suaminya bagi mendapatkan kebenaran sama ada boleh memberikan tip atau tidak. "Dia (suami) cakap tak payah bagi, sambil tu saya tinjau bawah pintu kalau-kalau rider tunggu kat depan tapi dia dah pergi. "Ikutkan, tak sampai hati tapi sebab dia tekan loceng pintu dua kali terus jadi takut, sekarang kan banyak kes," katanya lagi. Kebanyakan pelayar mencadangkan supaya Mazmiyuki memberikan tip. Hantaran yang dibuatnya itu mendapat perhatian warga maya. Kebanyakannya menyatakan rider terbabit terdesak kerana bertindak secara tidak normal. "Jujur saya sebagai rider, ini tak normal sebab tip ni ibarat sedekah. Kita jangan normalisasikan tip ini macam kewajipan, macam servis caj pula. "Mungkin dia terdesak sangat sampai nak minta macam tu, sebab orang tua. Lagipun bergantung pada awak sama ada nak bagi atau tidak dan kalau beri anggaplah sedekah. "Kami ni pernah ada pengalaman sekali je, semasa guna servis penghantaran ni, ada rider minta (duit). Tapi dia mesej je masa tu dan cakap nak tip tunai. "Saya rider, kami tak boleh minta tip atau apa-apa daripada pelanggan selain duit tempahan," ujar warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube