suria

Isteri tadah tangan doa ‘loan’ suami tak lulus, cara halus sekat beli kereta mahal - “Hujung bulan mesti pinjam duit dengan aku”

Pengurusan kewangan penting dalam sesebuah rumah tangga. -Gambar hiasan

GAJI kecil, tapi ada hati nak tukar kereta baharu.

Bukan sekadar itu, pendapatan yang sedia ada pun masih belum cukup sehingga terpaksa meminjam sana sini dek kerana terdesak di akhir bulan.

Begitulah situasi dilalui seorang lelaki yang berselera besar, melebihi kemampuannya.

Menurut cerita si isteri, suaminya kini memasang angan-angan untuk membeli kereta baharu sungguhpun menyedari kemampuannya terbatas.

"Aku tengah pening fikir duit. Suami nak beli kereta baharu sebab kereta lama dah 'barai' (rosak). Aku tak kisah pun, tapi masalahnya dia nak beli kereta dengan bayaran bulanan RM850.

"Gaji dia pun tak sampai RM3,000, tolak KWSP dan Perkeso tinggal berapa? Gaji aku pun saing (lebih kurang) dia. Aku bayar kereta RM500 pun kena ikat perut," luahnya tanpa mendedahkan model kereta yang dihajati suaminya.

Wanita turut bekerja bagi menyara kehidupan sekeluarga. -Gambar hiasan

Bercerita lanjut, wanita itu menerusi satu luahan di laman X mendedahkan mereka sebenarnya baru membeli rumah dengan bayaran bulanan sebanyak RM1,000.

Dia kemudian meminta suaminya berfikir panjang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan tersebut memandangkan komitmen mereka sekeluarga yang tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji cukup makan, suami kerja ‘gomen’ ada hati buat loan 200K untuk ibu! Isteri terbaca mesej di telefon mentua

ARTIKEL BERKAITAN: Dianggap banyak duit, suami jadi ‘bank’ kawan-kawan... Culas bayar nafkah, kereta isteri pun bagi rakan pinjam berminggu

Namun, suaminya tetap berkeras mahu membeli kereta baharu seperti yang dihajati.

"Aku dah suruh dia fikir masak-masak, tapi dia nak juga. Aku banyak diam sebab malas nak bertekak.

"Duit nafkah pun kadang dapat kadang tak. Aku tak kisah, tapi nanti hujung bulan mesti dia pinjam duit dengan aku," katanya yang tidak dapat membayangkan situasi yang akan berlaku sekiranya suaminya meneruskan hasrat membeli kereta baharu.

Suami sering terdesak meminjam wang menjelang akhir bulan. -Gambar hiasan

Sebagai isteri, dia mengakui perkara itu turut memberi kesan pada dirinya yang pening memikirkan pengurusan kewangan dan aliran tunai mereka sekeluarga.

"Dia okay je tapi bab urus duit ke laut. Hutang memanjang. Aku kena ready mental nak kena cari kerja baharu untuk sara dia setiap hujung bulan.

Aku tetap bersyukur, cuma aku teringin nak dia belanja keperluan aku.

ISTERI

"Dia tak kedekut tapi memanjang duit tak ada nak bayar hutang," katanya yang turut memikirkan komitmen anak-anak.

Walaupun mempunyai pendapatan sendiri, tetapi jauh di sudut hati, wanita itu tetap mahu dilayan suami daripada segi wang ringgit.

Teringin memiliki kereta baharu tetapi pada masa sama terbeban dengan hutang. -Gambar hiasan

"Aku rindu nak suami belanja aku. Jarang-jarang dia belanja aku barang. Dia mampu belanja makan je.

"Tapi aku tetap bersyukur, cuma aku teringin nak dia belanja keperluan aku," luahnya.

Apa yang diharapkannya kini agar permohonan pinjaman bank untuk pembelian kereta idaman suaminya tidak diluluskan.

Pada masa sama, dia turut mendoakan suaminya agar dimurahkan rezeki agar dapat menguruskan kewangan yang lebih baik pada masa akan datang.

"Aku cuma harap loan dia tak lepas. Tapi kalau lepas, harap-harap Allah limpahkan rezeki gaji dua, tiga kali ganda untuk suami. Amin," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain