suria

Wanita kematian anak di tangan pengasuh makin tertekan, pedih dengar mulut lancang geng suri rumah - “Kami kerja untuk bantu suami”

Ibu bekerjaya terpaksa mendapatkan perkhidmatan taska atau pengasuh. -Gambar hiasan

SEORANG wanita pasti akan berusaha menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anaknya.

Namun bagi ibu bekerjaya, hal itu sering membataskan ikatan yang terjalin kerana anak perlu dihantar ke taska mahupun pengasuh.

Lebih menyedihkan jika berlaku insiden tidak diingini seperti kemalangan, penderaan sehingga mengorbankan nyawa si manja.

Menerusi hantaran di TikTok, seorang wanita bekerjaya meluahkan kesedihan apabila terdapat golongan ibu yang mengecam para wanita kerana memilih untuk menghantar anak-anak ke rumah pengasuh.

Kehilangan insan tersayang pasti meninggalkan kesan yang mendalam pada sesiapa sahaja. -Gambar hiasan

Kehilangan insan tersayang pasti meninggalkan kesan yang mendalam pada sesiapa sahaja. -Gambar hiasan

"Untuk suri rumah yang tak ada sensitiviti pada orang macam kami... yang kematian anak di rumah pengasuh, sila dengar ni.

"Jangan pernah fikir anak hidup disebabkan anda (jaga) semata-mata. (Bukan) disebabkan anda tak kerja atau disebabkan berhenti kerja anak anda hidup sampai hari ini.

"Anda ingat kami yang bekerja memang niat nak anak mati dekat pengasuh ke? Ingat kami tahu ke sifat pengasuh macam mana," ujarnya dalam nada tegas.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kaya meninggal sebelum sempat cerai... Suami sedap bolot harta, nikah baharu! Dulu cuma ada motosikal buruk

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ‘pergi’ serta-merta, anak nazak sebelum maut di riba... Lelaki menyesal seumur hidup bentang toto dalam kereta!

Tambah wanita itu, sikap manusia yang pandai berpura-pura dan berlakon membuatkan ramai terpedaya.

Dia yang geram dengan komen negatif kebanyakan suri rumah berhubung kemalangan di rumah pengasuh berkata, anak-anak yang dihantar ke pusat jagaan bukanlah bererti ibu mereka tiada rasa tanggungjawab.

Sebaliknya ujar wanita ini, pengorbanan yang dilakukan adalah untuk menjamin kesejahteraan keluarga dan membantu suami daripada segi kewangan.

Anak nombor dua meninggal dalam tempoh aku jaga masa cuti bersalin... kesimpulannya bab kematian bukan kita boleh rancang.

WARGA MAYA

"Kami kerja ni pun untuk anak dan ada misi yang perlu isteri bantu suami supaya cepat tercapai.

"Jangan samakan semua situasi hidup anda dengan diri dan hidup orang lain... penat-penat kandung sembilan bulan, orang bunuh.

"Sepatutnya kalau dapat berita macam ni, anda doakan semoga ibu tu kuat, bukan bandingkan diri sendiri," tambahnya yang juga pernah kematian anak di rumah pengasuh.

Antara reaksi warga maya pada luahannya.

Antara reaksi warga maya pada luahannya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberi kata-kata semangat padanya selain berkongsi pengalaman anak meninggal semasa dalam jagaan sendiri.

"Sepuluh tahun aku bekerja, dua tahun berjinak-jinak dapatkan pendapatan dari rumah, anak nombor dua aku meninggal dunia dalam tempoh aku jaga masa cuti bersalin. Kesimpulannya bab kematian ni bukan kita boleh rancang.

"Saya suri rumah kehilangan anak, padahal sebelah bilik dan tak lama pun tinggalkan, dalam 15 minit je sambil cuci baju dan cuci botol. Berhenti kerja sebab nak jaga anak, sama juga meninggal apabila ajal sudah tiba.

"Sabarlah ibu-ibu bekerjaya, Allah tahu niat kalian. Lumrah hidup di dunia, tak lekang daripada ujian. Suri rumah pun sama, memang la kami jaga anak sendiri tapi berapa ramai yang dapat anxiety dan kemurungan," tambah segelintir warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain