suria

Setiap hari menangis atas motosikal... Pekerja baharu anxiety dibuli, makcik senior cuma ada STPM tergugat akademik lebih tinggi

Kebanyakan mangsa buli akan berhenti kerja kerana tidak tahan menanggung tekanan emosi. -Gambar hiasan

PERSEKITARAN kerja yang toksik boleh menyebabkan seseorang itu hilang semangat dan mengalami tekanan perasaan.

Begitulah yang dialami seorang wanita di media sosial yang berkongsi mengenai pengalamannya di tempat kerja baharu.

"Lepas je habis diploma, saya kerja di kedai buku. Niat nak buat part time, tak sangka bertahan lima tahun. Setiap kali solat, mesti doa pada Allah supaya dapat kerja lain.

photo of sex abuse at work place.(October 22,2021)- AZHAR MAHFOF/The Star

Pekerja senior tidak wajar membuli kakitangan baharu. -Gambar hiasan

"Allah Maha Baik, dapat juga kerja lebih bagus. Jadi general clerk pula dekat satu syarikat ni. September 2022 hari pertama dekat pejabat. Rasa syok dengan persekitaran semua baharu.

"Tak sampai sebulan dah mula ada yang tikam belakang, buruk-burukkan saya dekat bos. Kata saya buat kerja perlahan, tak reti buat dan sebagainya," ujarnya memulakan cerita.

Wanita itu mendakwa, seorang individu yang iri hati dengannya merupakan pekerja senior yang hanya berkelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Masuk pejabat mesti jantung laju, tangan kaki menggigil. Balik kerja menangis atas motosikal.

MANGSA BULI

Tambahnya, pekerja senior itu mungkin tergugat dengan kehadirannya sehingga terpaksa menggunakan taktik kotor untuk memburuk-burukkan dirinya.

"Rupanya sebab makcik tu belajar setakat STPM je, bila saya yang ada diploma masuk, dia rasa saya saingan dia. Jadi dia ajak orang lain di pejabat benci saya.

"Saya budak baharu, mestilah mereka lebih percayakan orang lama. Tapi pasal tak pandai buat kerja tu memang betul. Tak sampai sebulan kerja, tambahan pula sebelum ini kerja retail. Banyak lagi tak familiar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sangka tunang pernah buli sepupu sampai sakit mental, sodok alat sulit guna penyapu... Wanita nekad batal nikah

ARTIKEL BERKAITAN: 4 kaki buli di IPT gigih cari semula mangsa! 2 pelaku ada masalah anak, seorang maut digilis tak sempat minta maaf

"Bila saya tanya cara nak buat sesuatu, makcik tu akan cakap fikirlah dulu sebelum tanya. Bila buat kerja sendiri, dia kata kita bodoh sombong pula sebba tak tanya. Serba tak kena," ceritanya lagi.

Suasana toksik di pejabat itu turut menyebabkan pengadu mengalami tekanan sehingga dia bimbang untuk datang bekerja.

Selepas lama memendam perasaan, pengadu memberitahu dia akhirnya terpaksa meletakkan jawatan dan belum mendapat pekerjaan baharu sehingga ke hari ini.

pekerja (1)

Suasana yang toksik boleh memberi kesan buruk terhadap emosi pekerja. -Gambar hiasan

"Semakin hari semakin rasa pekat aura negatif itu. Masuk pejabat kena palau tak ada sebab, kena sisihkan tanpa punca. Kena marah tak tentu pasal sampai masuk pejabat rasa anxious teruk.

"Masuk je pejabat mesti jantung laju, tangan kaki menggigil. Balik kerja, menangis atas motosikal. Rasa sedih sebab kerja ikhlas nak bagi duit kat ummi, tapi orang buat macam ni di tempat kerja.

"Lepas setahun dan enam bulan, berhenti kerja juga bermula Mac lalu. Sampai hari ini belum dapat kerja baharu. Sedih juga jadi penganggur dengan kekurangan duit," luahnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia