HATI ibu mana yang tak sakit apabila mendapat tahu anaknya yang berusia 12 tahun menjadi mangsa buli di sekolah. Menerusi satu hantaran di Facebook, wanita berkenaan mendakwa anaknya bukan sahaja dibuli secara lisan, malah fizikalnya turut dikasari dengan niat untuk mendatangkan kecederaan. "Semalam aku mengamuk dalam grup sekolah. Buat kali pertama mengamuk dan cerita dekat Facebook. Tapi bukan marah cikgu, marah budak-budak buli anak aku. "Dah lama kena buli, macam-macam maki hamun dan fitnah mereka ni buat pada anak aku. Pijak beg, sorok cermin mata, sepak kaki kat tangga nak suruh jatuh berguling," dakwanya. Wanita itu turut mendedahkan surat yang diterima anaknya. Tanpa mendedahkan lokasi sekolah anaknya, wanita itu menjelaskan bahawa dia tidak membuat aduan atau mengambil sebarang tindakan kerana memikirkan usia pembuli anaknya yang masih mentah. "Tapi aku biar je dulu sebab aku anggap budak-budak ni baru darjah enam, tak cerdik lagi. Lagi pun kalau beritahu ibu ayah, nanti kasihan pula kena belasah. "Aku jadi serba salah nak mengadu dekat sekolah. Budak-budak tak cerdik lagi janganlah dipukul-pukul. Prinsip aku mudah je, selagi anak masih ketawa, lucu dan friendly, aku biarkan dia kena buli. "Bila dia balik rumah cerita kejadian di sekolah, kita baring sama-sama sambil bercerita, peluk cium, usap kepala, sayang cukup-cukup, recharge energy, settle," ceritanya. Ada macam-macam maki hamun, fitnah mereka buat supaya orang benci anak aku. IBU MANGSA Wanita itu bagaimanapun hilang sabar apabila gejala buli berkenaan semakin berlarutan apabila anaknya dimalukan pula menerusi aplikasi TikTok. "Semalam aku mengamuk, sebab mereka dah mula nak membuli dekat TikTok pula. Tak cukup dekat sekolah, dekat TikTok pun nak buat bahan. Dah melampau sangat, menyorok di sebalik anon (anonymous). ARTIKEL BERKAITAN: Dihumban tepi semak, ramai ‘menyirap’ tengok remaja buli rakan - “Inilah namanya bazir masa pergi sekolah” ARTIKEL BERKAITAN: Samseng sekolah ‘flying kick’ rakan dalam tandas dicekup... Polis tahan 9 pelajar bantu siasatan kes buli "Dengar kata budak-budak pembuli ni tiba-tiba pula sekolah menengah nanti nak sekolah sama dengan anak aku. Nak membuli lagi lah tu, jangan harap," ujarnya. Pembuli perlu diberi hukuman setimpal atas perbuatan mereka. -Gambar hiasan Pengadu turut berkongsi foto memaparkan sekeping surat layang yang dihantar oleh pembuli kepada anaknya yang mengandungi kata-kata makian dan hinaan. "Ni salah satu contoh surat yang hari-hari anak aku dapat. Banyak ya, ada macam-macam maki hamun, fitnah mereka buat supaya orang benci anak aku. "Paling mereka sakit hati sebab cikgu selalu percaya anak aku. Mendidih oi. Dia 'sundalkan' anak aku, 'babikan' anak aku pun ada suratnya," ujar wanita itu mengakhiri perkongsiannya di Facebook. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube