suria

Baru suap dah sakit perut, wanita dapat petunjuk tak baik... Rasa ada ‘sesuatu’ di kedai laksa tepi pantai

Laksa merupakan makanan yang popular di Malaysia. -Gambar hiasan

PENGGUNAAN khidmat bomoh dan pelaris bukanlah satu perkara yang asing dalam kalangan segelintir peniaga.

Lebih teruk, ada peniaga di negara ini yang tergamak menghantar sihir kepada pesaing kerana hasad dengki.

Di TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Laila mendakwa dia mempunyai kelebihan untuk 'menghidu' kehadiran hal-hal ghaib termasuk pelaris.

file71do6032djds87vm5ff

Laksa juga merupakan salah satu menu popular di negeri utara. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, dia biasanya akan mengalami sakit perut jika terdapat 'sesuatu' di kedai atau lokasi yang dikunjunginya.

"Aku sejenis manusia yang agak mistik. Sebab apa? Kalau di kawasan atau kedai tu ada sesuatu yang buruk, dan aku makan dekat situ, akan auto sakit perut.

"Dia punya tahap sakit perut tu memang tak boleh bawa bincang. Kadang-kadang stres juga. Nak santai macam orang lain. Tapi tak boleh nak santai dengan alam ghaib ni," ujar Laila.

Kadang makanan tu elok saja untuk dimakan... tapi mungkin ada yang dengki.

LAILA

Berkongsi pengalamannya, Laila berkata dia sekali lagi berdepan peristiwa sama ketika berkunjung ke sebuah kedai laksa di Sungai Petani, Kedah.

Selepas menyedari tentang kehadiran 'sesuatu' yang pelik, Laila berkata dia segera mengajak keluarganya untuk pulang.

"Baru-baru ni pergi pantai di kawasan Sungai Petani. Baru je makan tiga ke empat mulut (suapan) laksa, terus sakit perut. Berpeluh dahi. Pergi cari tandas, tandas pula kotor.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Abang sado ‘pelaris’ gerai durian, 1.5 tan raja buah terjual setiap hari... Ada waranti, kepuasan pelanggan paling utama

ARTIKEL BERKAITAN: Anak nampak pelaris! Hodoh, air keluar dari rongga muka masuk ke makanan pelanggan... Tak sempat makan tapi muntah tepi jalan

"Aki tak cakap banyak dah. Terus ajak mak dengan laki aku balik. Perut aku ni memang tak boleh nak simpan makanan yang tak molek.

"Cuba anda bayangkan, anda tengah makan sambil dipandang oleh sesuatu. Ada selera nak makan? Tapi orang lain santai makan tepi pantai.

"Maafkan saya. Kadang makanan tu elok saja untuk dimakan. Tapi mungkin ada yang dengki. Atau mungkin kawasan atau tempat tu rumah dia (makhluk ghaib). Jadi dia duduk dengan kita," ceritanya lagi.

A foreign waiter preparing food for a customer at a mamak restaurant.

Ada individu mendakwa mereka boleh 'menghidu' kehadiran makhluk ghaib di kedai makan. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, beberapa individu yang mempunyai 'kelebihan' sama turut berkongsi pengalaman mereka.

"Apabila selalu beramal, buat amalan, baca doa sebelum makan, baca doa hilang mudarat memang cepat kesan... badan nak keluarkan benda tak elok.

"Kalau saya apabila makan kedai-kedai macam tu... tiba-tiba rasa nak demam, muntah balik apa yang dimakan.

"Saya pula batuk-batuk sampai muntah kalau kedai ada pelaris. Memang tak boleh makan," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain