TIDAK dapat dibayangkan perasaan seorang bakal raja sehari apabila perkara yang tidak diduga berlaku sehingga menjejaskan hari bahagianya. Itulah nasib yang menimpa individu ini di mana jurusolek yang sudah ditempah untuk menata rias wajahnya secara tiba-tiba membatalkan tempahan pada saat-saat akhir. Apa yang mengecewakan, individu berkenaan mendakwa pembatalan berkenaan hanya dimaklumkan suami jurusolek tersebut menerusi pesanan suara (voicenote) beberapa jam sebelum majlis perkahwinannya berlangsung. "Kami hanya diberitahu melalui WhatsApp voicenote oleh suami kepada make-up artist (MUA) tersebut pada pukul 11 malam bahawa dia tak dapat datang make-up bride. "Majlis kami 10 pagi the next morning. Dia sepatutnya kena datang buat make-up pada pkul 4 pagi macam tu. Kami diberitahu dia tak sihat. Dah la last minute. Not even a call. Just voicenote. "Setelah kami diberitahu pasal cancellation tersebut, kami try call dia, dia switch off phone dia. Pagi esok tu wedding. Hanya Tuhan sahaja tahu perasaan kami pada masa itu," luahnya menerusi Facebook. Semua bakal pengantin mengimpikan majlis hari bahagia mereka berjalan dengan lancar. -Gambar hiasan Dalam kekalutan menerima khabar tersebut, ujarnya dia tiada pilihan melainkan terpaksa mencari jurusolek bidan terjun sebagai pengganti. "Hanya dapat MUA lain yang bukannya profesional ataupun biasa buat bridal make-up. Kami terpaksa book sebab tak ada option lain. Terpaksa bayar lagi," luahnya. Sungguhpun majlisnya sudah selesai beberapa hari lalu, namun individu tersebut berkata apa yang berlaku benar-benar meninggalkan trauma kepadanya dan pasangan sehingga kini. Bukan hanya kerugian daripada segi kos, tetapi ia terpahat sebagai perkara yang sangat pahit untuk diterima apatah lagi ia terjadi pada hari bahagia, berlaku sekali seumur hidup. ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin lelaki terduduk rugi 30K, rombongan melopong rumah kenduri kosong! Tunang lesap hari nikah, rupanya isteri orang anak 2 ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin lelaki menggigil terpaksa solek isteri sendiri sebelum bersanding, selesai majlis terima mesej tak disangka-sangka! "Pre-shoot oleh jurugambar profesional sebelum kenduri terjejas sebab bride make-up dengan MUA yang baru sahaja ditempah tengah malam tu. Tergesa-gesa... rugi kami bayar pakej yang termasuk pre-shoot. Beribu-ribu habis macam tu je. "Kedua, tak cukup tidur, stres semasa majlis kahwin berjalan. "Ketiga, MUA yang kami book tengah malam tu tak ada make-up accessories yang matching dengan baju pengantin. Dan banyak lagi," luahnya. Rugi kami bayar pakej yang termasuk pre-shoot. Beribu-ribu habis macam tu je. MANGSA Lebih menambahkan rasa geram, ujarnya sehari selepas majlis berlangsung pada 15 September, semakan di Instagram mendapati jurusolek yang mula-mula ditempah didapati sihat dan menyiapkan seorang klien di Ipoh. "Kami ditipu oleh MUA tu. Bolehkah saya menyaman jurusolek itu kerana membatalkan tempahan 10 jam sebelum perkahwinan? Malaysia ada undang-undang untuk kes macam ini? "Saya tidak menandatangani apa-apa terma dan syarat. Saya membayar penuh sebelum perkahwinan saya. "Saya nak beri pengajaran kepada MUA tersebut supaya hal ni tak jadi lagi kepada orang lain," luahnya. Komen netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan. Dalam pada itu menerusi kemas kini di Facebook, wanita itu berkata pada 19 September lalu dia sudah membuat laporan polis tentang hal berkenaan. Bagaimanapun pada petang hari yang sama dia memaklumkan menerima bayaran balik daripada jurusolek berkenaan menerusi transaksi dalam talian. Sungguhpun demikian, wanita itu berkata dia masih menyimpan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas MUA berkenaan kerana menjadi punca majlisnya berjalan dengan tidak lancar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube