MELENTUR buluh biarlah dari rebungnya. Itu antara nasihat yang dititipkan generasi terdahulu dalam mendidik anak-anak. Bagaimanapun, kekangan kerja dan masa yang dialami masyarakat kini menyebabkan segelintir kanak-kanak kurang terdidik dari segi sahsiah dan akhlak. Berdepan situasi itu, seorang wanita berkongsi pengalaman adik lelakinya yang terpaksa memarahi seorang kanak-kanak kerana bertindak kurang ajar. Ibu bapa seharusnya berada bersama anak-anak dan mengawasi setiap pergerakan mereka. -Gambar hiasan Mengimbau kenangan semasa membuka gerai pameran di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia (MAHA 2024) yang bermula 11 September lalu, ujar wanita ini, adiknya didatangi seorang kanak-kanak lelaki yang berulang kali menendang haiwan di dalam sangkar. "Adik aku ambil bahagian dalam MAHA 2024, ada satu hari ni, masa adik aku nak buka gerai pameran... seorang budak lelaki nakal gila, dia pergi tendang-tendang binatang dalam sangkar. "Adik aku marah budak tu dan dia pun berlalu. Sekali dia datang semula siap bawa ayah dia, kemudian ayah dia marah adik aku dan tanya kenapa marah anak dia," ujarnya memulakan cerita. Melihatkan penampilan dan perwatakan bapa kanak-kanak tersebut seperti penjawat awam, adiknya mula menceritakan situasi yang berlaku. ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu tunggu masa nak berhenti, mental ‘koyak’ urus murid biadab... Sudahlah malas, buat salah tapi pandai menjawab! ARTIKEL BERKAITAN: Ustazah kecil hati, hilang sabar diganggu pelajar biadab dalam kelas - “Melampau la awak malam ni!” Bagaimanapun selepas memaklumkannya dan bertanyakan sama ada akan dibayar pampasan atau sebaliknya, lelaki terbabit terus mengajak anaknya keluar. "Adik aku panggil 'encik' sebab bapa budak tu macam kerja kerajaan dan memakai baju korporat, kemudian dia cerita yang budak tu tendang sangkar haiwan. "Adik aku pun cakap la, kalau haiwan tu mati macam mana, encik nak tanggung ke? Bapa budak tu macam terpinga-pinga je, sambil tepuk-tepuk bahu budak, mereka keluar. "Tak ada pun minta maaf selepas aku bagitahu kesalahan anak dia," ujarnya lagi yang kesal dengan sikap lepas tangan bapa kanak-kanak itu. Mak ayah yang tahu buat anak je tapi bab didikan tak tahu ataupun outsource pada datuk dan nenek atau masyarakat awam. WARGA MAYA Tambah wanita ini, pelbagai ragam pengunjung dapat dilihat sepanjang berada di gerai pameran adiknya. Namun apa yang menyedihkan apabila, dia melihat kebanyakan ibu bapa yang membawa ahli keluarga lebih leka bermain telefon bimbit masing-masing berbanding berinteraksi atau bermain bersama anak-anak. "Aku perhati je mak ayah yang bawa anak ke petting zoo, mak ayahnya duduk jauh sambil main telefon. "Selalu biarkan anak-anak pegang haiwan dengan kasar, kemudian kalau kena gigit barulah mereka bising cakap anak digigit dan sebagainya," tambahnya lagi. Warga maya turut meluahkan rasa geram dengan sikap bapa kanak-kanak terbabit. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya turut meluahkan rasa geram dengan sikap bapa kepada kanak-kanak tebabit. Tidak kurang juga yang turut berkongsi pengalaman sama ketika melawat pameran MAHA 2024. "Dah tahu kenapa perangai macam tu, tengok bapanya dah la. "Biasanya budak jadi nakal dan melawan ni disebabkan kurang perhatian daripada orang tua, cuba tengok mak ayah yang bagi cukup perhatian... anak-anaknya elok dan cakap pun sopan santun. "Aku pun ada sound satu budak ni sebab naik gelongsor tak ikut tangga, bapa dia tengok je dari bawah. Lepas aku dah tegur, baru bapanya pun tegur dalam nada lembik tanpa ketegasan. "Mak ayah yang tahu buat anak je tapi bab didikan tak tahu ataupun outsource pada datuk dan nenek atau masyarakat awam," demikian kata-kata netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube