KISAH pelanggan ditipu oleh pemilik bengkel bukanlah perkara baharu. Perkongsian pengalaman oleh pelanggan yang teraniaya banyak dipaparkan di media sosial sebagai pengajaran bersama agar tidak mudah ditindas dan ditipu hidup-hidup ketika menghantar kereta ke bengkel. Dalam satu perkongsian terbaharu di Facebook, seorang individu berkongsi pengalaman pahit yang dialaminya gara-gara dianiaya oleh pemilik bengkel sehingga keretanya masih belum siap dibaiki biarpun sudah hampir memasuki tempoh dua tahun! "Kereta saya hantar dekat bengkel dah nak masuk dua tahun tak siap-siap. "Saya hantar untuk overhaul enjin dan tukar gearbox auto. Tapi sikit pun tak ada nampak perubahan. "Enjin pun pomen cakap dia bawa balik rumah, senang nak buat. Tapi dah nak masuk dua tahun, tak ada apa-apa pun," luahnya dalam hantaran berkenaan. Luahan warga maya mengenai kisah ditipu pemilik bengkel bukanlah perkara baharu. -Gambar hiasan Menurut individu yang tidak mendedahkan identiti diri itu, setiap kali bertanya mengenai keretanya, pemilik bengkel akan memberikan pelbagai alasan. Apa yang membuatkan dia bertambah marah dan geram, kos membaiki kereta sudah hampir sepenuhnya diselesaikan sebagaimana yang diminta. ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik Waja tak ‘kosong’, geram mekanik caj 1 set bolt RM145! Sanggup jalan kaki hampir 5km cari kedai alat ganti ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda terharu dapat abang mekanik jujur, selamat RM700! Sayu fikir income tak sekencang bengkel tipu pelanggan "Saya dah bayar 80 peratus, tinggal upah saja belum bayar sebab saya nak kereta siap kemudian barulah bayar habis. "Saya terpaksa tanggung rugi... sudahlah tak ada kereta, terpaksa bayar charter bulanan untuk pergi kerja selama setahun lebih ni. "Boleh tak bawa ke tribunal? Saya cuma nak minta bayar balik kerugian saya bayar charter selama ni dan duit buat (baiki) kereta tu? Mana ada bengkel nak simpan kereta berbulan-bulan. Nampak sangat kena kencing. NETIZEN "Dah mati akal ni... duit apa semua dah tak ada, barang pun tak dapat-dapat," luahnya. Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya mengesyorkan supaya individu berkenaan mengambil tindakan undang-undang kerana menganggap dirinya jelas dianiaya. Ramai menyarankan individu berkenaan mengambil tindakan terhadap bengkel berkenaan. "Saya pomen... kereta overhaul enjin apa sampai dua tahun? Upah lawyer sajalah, bang. Hantar surat minta siapkan dalam sebulan. Kalau lebih sebulan, terus buat tuntutan kos-kos kerugian. "Boleh buat report, simpan semua bukti dan bawa ke tribunal. "Kereta tu boleh siap dalam sebulan dua je. Mana ada bengkel nak simpan kereta berbulan-bulan. Nampak sangat kena kencing," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube