suria

Air terapi Syifa jadi penyelamat, sekali simbah terus padam... Lelaki syak ‘wireless charger’ punca bilik tidur terbakar!

Pemilik video mendakwa kebakaran di bilik itu berpunca daripada pengecas telefon tanpa wayar.

SEORANG individu tular di media sosial selepas mendedahkan sebuah bilik di kediamannya terbakar akibat pengecas telefon bimbit tanpa wayar (wireless charger) meletup secara tiba-tiba.

Menurut pemilik akaun TikTok YM.Pangeran Hisyam Al-Haj, dia bagaimanapun berjaya memadamkan kebakaran itu sebelum pasukan bomba tiba di kediamannya.

Jelas perawat perubatan Islam itu, secara kebetulan terdapat sebaldi air terapi Syifa di kediamannya, lalu ia diambil untuk memadamkan kebakaran berkenaan.

tilam

Perkongsian tentang kejadian kebakaran itu menerima 1.3 juta tontonan di TikTok.

"Alhamdulillah. Allah masih selamatkan nyawa anak saya serta harta benda. Angkara charger phone, bilik terbakar. Api amat marak di dalam bilik dengan asap hitam.

"Pandangan amat terhad dan sukar untuk bernafas. Dalam kelam kabut saya ambil sebaldi air Syifa yang sudah disediakan, syukur dengan satu jirusan api terus terpadam.

"Pengalaman ini mengajar saya untuk berhati-hati. Terima kasih pada bomba dan jiran-jiran yang datang, prihatin dan beri makanan," tulisnya pada kapsyen.

Pandangan amat terhad dan sukar untuk bernafas... dalam kelam kabut saya ambil sebaldi air Syifa dan jirus.

YM.PANGERAN HISYAM AL-HAJ

Menerusi video yang dikongsi, pengadu menunjukkan kerosakan yang dialami dan hanya sebahagian perabot di dalam bilik itu hangus dijilat api.

Dia turut berkongsi suasana 'meriah' di hadapan rumahnya yang dipenuhi anggota bomba serta jiran-jiran yang datang bertanya khabar.

"Tak ada apa-apa, sikit je. Cuma tilam, langsir dengan katil saya. Tilam saya hancur dengan langsir. Kerugian lampu, tilam, langsir, (dinding) kena cat nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: “Meletup baru padan muka” - Adik degil, ayat kakak jadi realiti! Phone hangus selepas dicas lama, tilam terbakar satu rumah asap berkepul

ARTIKEL BERKAITAN: Nyawa pelajar nyaris melayang gara-gara cas telefon ketika tidur

"Nasib baik saya ada tadah air satu baldi untuk rawatan, tadah air untuk pesakit saya. Saya ambil sebaldi dan simbah, jadi api padam terus," ucapnya dalam video itu pula.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi kebimbangan mengenai penggunaan pengecas telefon yang boleh menjadi punca kebakaran.

"Charger, handphone atau power bank, jangan letak atas tilam atau bawah bantal. Bahaya, panas.

tilam 2

Api berjaya dipadam sebelum ia merebak ke seluruh kediaman.

"Tekaan saya, wireless charger tu react dengan besi tilam. So ia overheat.

"Kalau cas minta letak di lantai simen. Memang tak berani letak atas tilam," tulis beberapa netizen.

Sehingga kini, video itu menerima 1.3 juta tontonan di aplikasi TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain