IBU dan bapa sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan anak-anak. Malah ada yang cuba ‘membaiki’ dosa atau kesilapan silam yang dilakukan anak bagi memastikan masalah tidak timbul di kemudian hari. Perkara sama cuba dilakukan wanita ini selepas mendapati anaknya menjalinkan hubungan seksual bersama teman wanita. "Anak saya telah melakukan zina dengan teman wanitanya. Mereka melakukannya secara sukarela... perempuan mengaku rela, begitu juga anak saya disebabkan mereka bercinta. "Anak saya berumur 18 tahun manakala pihak perempuan berumur 16 tahun 11 bulan. Sekarang tiada siapa yang tahu perkara ni kecuali saya. Generasi masa kini memilih untuk mendirikan rumah tangga di usia muda. -Gambar hiasan "Saya sangat menyayangi anak saya, tak mahu dia terlibat dalam mahkamah atau pun kes polis," luahnya di grup Facebook. Sebagai ibu, dia cuba mencari jalan penyelesaian terbaik untuk masalah anaknya dan pasangan. Bagaimanapun, usahanya tidak berhasil apabila keluarga pihak perempuan enggan memberi kerjasama. Bukan itu sahaja, hasrat untuk menikahkan kedua-dua mereka tidak dapat dilakukan kerana dihalang oleh kelurga pihak perempuan. "Sekarang, kami telah cuba untuk berbincang supaya mengahwinkan mereka berdua tetapi pihak perempuan enggan mengahwinkan mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Cukup sekadar ada SPM, remaja perempuan kahwin usia 18 tahun mahu setia di sisi suami... Rela jadi suri rumah sepenuh masa ARTIKEL BERKAITAN: Gadis sukar pilih bakal suami! Calon pertama tua dan berduit... Lelaki kedua muda, ego tapi ada ‘feel’ dalam hati "Saya buntu, saya tidak mahu anak saya terlibat dalam perzinaan lagi," tambahnya lagi. Meskipun sedih dengan apa yang berlaku, namun wanita ini mengakui kesilapannya kerana tidak mengendahkan permintaan anak lelaki yang ingin mendirikan rumah tangga di usia muda. "Anak saya dan teman wanitanya dah lama minta untuk dikahwinkan tetapi saya tidak hiraukan mereka. Silap saya. "Sekarang, mereka merayu dengan saya agar dikahwinkan. Apakan daya saya menolak dan ada betulnya juga supaya diaorang dikahwinkan," luahnya sesal. Pada masa sama, dia turut meluahkan rasa bimbang seandainya masa depan anaknya menjadi gelap disebabkan masalah yang dihadapi kerana akan membabitkan polis dan mahkamah jika laporan dibuat. Satu soalan yang hakim akan tanya pada wali atau saksi, adakah dengan mengahwinkan anak akan selesai masalah puan? WARGA MAYA Tambahan pula, anaknya merupakan pelajar cemerlang dan mendapat keputusan 9A dalam peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). "Anak saya Alhamdulillah mendapat SPM 9A manakala pihak perempuan juga akan mengambil SPM. "Saya yakin dengan mereka, lagipun sekarang ni anak saya sudah bekerja sambil melanjutkan pelarajaran peringkat ijazah. "Dia juga memenuhi semua keperluan saya biarpun dalam kesempitan," katanya. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan pandangan tentang perkahwinan yang dirancang. Antara reaksi warga maya di ruangan komen. Tidak kurang juga golongan pengamal undang-undang yang tampil berkongsikan kaedah serta tatacara yang perlu dilakukan. "Jika puan nak kahwinkan anak juga, puan kena berbincang dengan mereka dan terangkan satu persatu di alam rumahtangga macam mana, terangkan tentang tanggungjawab dan yang penting terangkan dugaan kerana berkahwin bukanlah mudah. "Saya pendaftar di mahkamah syariah yang sentiasa mendengar kes nikah bawah umur. Satu soalan yang hakim akan tanya pada wali atau saksi, adakah dengan mengahwinkan anak akan selesai masalah puan? Nikah bawah umur wajib ada laporan sosial dari JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat), laporan kesihatan dan laporan polis sebelum hakim pertimbang untuk meluluskan permohonan. "Kahwin bukan jalan penyelesaian, pisahkan mereka dan bertaubat. Suruh anak-anak sambung belajar. "Boleh nak kahwin. Tapi kena bagi kefahaman dahulu, takut nanti ada anak kecil bercerai-berai dan lebih memudaratkan semua. Dari segi perundangan kena minta izin mahkamah anak perempuan bawah 18 tahun untuk kahwin," demikian perkongsian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube