suria

Isteri meroyan bayi meninggal, suami dituduh buang anak! Lagi parah mentua larang jumpa doktor sebab ‘bukan gila’

Isteri yang baharu melahirkan anak lazimnya mengalami perubahan mood dan memerlukan sokongan padu daripada suami bagi mengharungi proses tersebut. -Gambar hiasan

BUKAN mudah buat seorang wanita menyesuaikan diri dengan perubahan fizikal dan mentalnya selepas melalui proses melahirkan anak.

Hasil kajian menunjukkan 80 peratus wanita akan mengalami simptom kemurungan selepas bersalin atau sindrom post-partum disebabkan pelbagai faktor.

Begitu jugalah apa yang dialami wanita ini, namun situasinya agak berbeza kerana dia mengalami gangguan mental yang serius.

Kisah wanita tersebut dikongsikan sendiri oleh suaminya dalam satu hantaran di media sosial.

Tanpa mendedahkan identiti, lelaki tersebut berkata segala-galanya bermula apabila isterinya disahkan hamil cahaya mata kedua ketika anak sulung mereka baru menginjak usia setahun.

meroyan 1

Kira-kira 80 peratus wanita akan mengalami simptom kemurungan selepas bersalin atau sindrom post-partum disebabkan pelbagai faktor. -Gambar hiasan

"Kami tak ada plan dan dah sedaya upaya guna perancang tambah-tambah lagi anak (sulung) masih kecil. Tapi apakan daya, takdir dan ketentuan Allah.

"Tapi luluhnya hati aku dan isteri lepas tahu anak mati dalam kandungan pada usia 37 minggu.

"Aku yang temankan isteri di wad untuk melahirkan anak perempuan kami yang sudah sempurna sifatnya tapi tak bernyawa," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya stres sampai meroyan” – Suami ‘komplen’ tak lawa, tak wangi macam dulu selepas isteri bergaji tinggi disuruh berhenti kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dalam pantang, suami ‘makan’ luar... Makin sakit hati penyondol pula bangga tayang momen ‘dating’ sana sini

Tambah lelaki berkenaan, dia turut menjaga isterinya selama sebulan ketika berpantang di samping menguruskan rumah tangga serta anak sulung mereka.

"Selepas sebulan, aku terpaksa kembali bekerja. Semua macam normal. Tapi satu hari, aku balik dari kerja, aku nampak isteri aku pakaikan baju perempuan dekat anak lelaki kami.

"Bila aku tegur dia baik-baik, cakap Aisyah (nama yang kami beri pada anak syurga kami) dah tak ada, tunggu kita dekat syurga... isteri aku mengamuk.

"Aku tahu isteri aku baby blues, aku peluk dan tenangkannya tapi dia makin marah. Dia menangis, meraung. Aku ajak jumpa doktor, dia tak nak. Dia tuduh aku buang anak kami," luahnya lagi.

Tapi bila jadi macam ni keluarga tak nak beri kerjasama, boleh panggil polis. Fikirlah untuk kebaikan isteri.

NETIZEN

Melihat situasi yang dialami isterinya tidak menunjukkan perubahan, lelaki tersebut membuat keputusan memaklumkan kepada mentuanya.

Bagaimanapun, mereka menyarankan supaya dia mencuba kaedah perubatan secara tradisional sebagai ikhtiar.

"Aku tahu, secara saintifiknya isteri aku ni meroyan tapi ibu bapanya tak nak terima.

"Setiap kali aku cadang bawa jumpa doktor, mereka larang... cakap aku suami tak guna tuduh isteri gila.

"Aku nak isteri aku sihat. Aku sayangkan dia... aku rindukan dia. Aku dah kehilangan anak, aku tak nak kehilangan isteri aku juga. Apa patut aku buat?" rintihnya.

komen baby

Netizen menyokong tindakan lelaki berkenaan yang mahu membawa isterinya bertemu pakar psikiatri.

Menjengah komen netizen, rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap ujian yang menimpa lelaki berkenaan.

Dalam masa yang sama, mereka menyarankan supaya lelaki tersebut bertegas mengenai keputusannya untuk membawa isterinya bertemu doktor psikiatri.

"Tolong bawa isteri jumpa psikiatri. Jumpa psikiatri tak semestinya gila.

"Maaf cakap, tapi bila jadi macam ni keluarga tak nak beri kerjasama, boleh panggil polis. Fikirlah untuk kebaikan isteri.

"Awak suami dia, awak lebih berhak atas kebaikan isteri awak," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain