suria

Tak henti meraung dalam tren, ibu terpaksa tekup mulut anak! Ikhtiar terakhir lepas sedar ada penumpang ‘buat muka’

Menjaga anak kecil ketika menaiki pengangkutan awam bukan perkara yang mudah bagi ibu bapa. -Gambar hiasan

ANAK kecil sifatnya suka meragam, apatah lagi jika dibawa ke tempat-tempat awam yang dipenuhi ramai orang.

Itulah situasi yang perlu dihadapi seorang ibu muda ketika dia membawa anaknya menaiki kereta api.

Kisah wanita itu meraih perhatian ramai warga maya selepas ia diceritakan oleh saksi kejadian, Ahmad Mohamad Afandi menerusi Facebook.

tren 2

Kisah dua beranak itu tular selepas ia dikongsi oleh seorang saksi menerusi Facebook.

"Maafkan kami, ibu muda. Sewaktu anak kecil ibu muda sedang menjerit jerit, tantrum, kami sebagai penumpang kereta api hanya mampu diam sahaja.

"Tatkala mata kami ada yang melirik tajam kepada anak kecil itu, tapi, itu juga tidak membuatkan dia senyap," kongsinya memulakan cerita.

Menurut Ahmad Mohamad yang sedang dalam perjalanan ke Kedah, dia menyedari ada penumpang kurang senang dengan gangguan bunyi tangisan dalam gerabak berkenaan.

Mungkin anaknya diserang gelisah sebab terlalu ramai orang dalam kereta api.

AHMAD MOHAMAD AFANDI

Malah, ibu muda itu juga terpaksa menekup mulut anaknya kerana sedar tangisan berkenaan mengganggu penumpang lain.

"Kelihatan ibu muda itu gelisah mencari cara bagaimana nak memujuk anaknya yang sedang tantrum. Anaknya menjerit jerit menyuruh ibunya bangun.

"Mungkin anaknya diserang gelisah sebab terlalu ramai orang dalam kereta api. Terlihat ibu muda itu mula kehilangan sabar, ditekup mulut anak itu dengan harapan diam.

ARTIKEL BERKAITAN: Bahayakan diri demi content... Gadis ini cerita pengalaman hirup udara segar atas Sleeper Train - “Sekali seumur hidup, why not?”

ARTIKEL BERKAITAN: “Pintu tren terbuka tertutup, lampu padam sendiri” - Dulu takut, kini rasa unik! Barista imbas detik cemas jalan ramai-ramai atas rel

"Saya hanya mampu berdoa dalam hati agar ibu muda itu diberikan kekuatan dalam keadaan ramai di antara kami ini, sudah ada yang buat muka tak puas hati," kongsinya.

Menurut Ahmad Mohamad, dia simpati dengan situasi menimpa wanita itu kerana bukan mudah untuk menenangkan anak kecil, apatah lagi ketika berada di dalam pengangkutan awam.

"Anak tantrum memang hati ibu dan ayah akan gelisah. Kalau tantrum di pasar raya tak mengapa, letak dalam troli kemudian kita tinggalkan, nanti dia habislah menjerit.

"Kalau tantrum di rumah, kita kurung sahaja anak itu dalam bilik air. Biar dia menjerit sampai keluar anak lidah. Lepas itu dia tak jerit jerit dah.

Transport Minister Anthony Loke officialcte 3 out of 27!new tren at University MRT station.Anthony also visiting and review with passenger at MRT stqtion KAMARUL ARIFFIN/The Star

Kepadatan manusia dalam pengangkutan awam boleh menjadi punca kanak-kanak menangis dan tak selesa. -Gambar hiasan

"Tapi kalau tantrum dalam kereta api? Memang 'jem' kepala," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut berkongsi kisah mereka yang pernah berdepan pengalaman sama.

"Pernah rasa, tapi dalam feri. Tak berhenti menangis dengar suara satu feri. Memang pening kepala tak tahu nak buat apa.

"Saya jumpa ayah muda. Bawa dua orang anak kecil, dengan beg galas lagi, masa menaiki feri. Memang kesian, kita lihat pun stres.

"Biasa kalau naik transport ni, kanak-kanak menangis sebab dia bosan duduk lama. Dia rasa letih," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain