TIDAK dinafikan, ada sesetengah bengkel kereta mengambil kesempatan dengan mengenakan caj tidak masuk akal kepada pelanggan khususnya wanita. Nasib yang sama dilalui oleh wanita ini apabila dia dikehendaki membayar RM5,590 kepada sebuah bengkel yang diupah untuk membaiki keretanya. Namun apa yang mengundang rasa marah, kereta miliknya tetap tidak boleh digunakan biarpun caj yang dikenakan oleh bengkel berkenaan begitu tinggi. "Saya hantar kereta dekat satu bengkel ni, masalahnya kereta saya tetap tak boleh jalan, dan tu bil yang perlu saya bayar," tulisnya pada hantaran di satu laman grup Facebook. Bil berjumlah RM5,590 yang perlu dibayar oleh pelanggan wanita berkenaan. -Foto Facebook Wanita berkenaan turut memuat naik dua keping gambar resit daripada pihak bengkel bersama hantarannya. Resit berkenaan menyenaraikan item-item yang perlu diganti termasuk yang melibatkan proses 'overhaul' enjin. ARTIKEL BERKAITAN: Kereta hantar bengkel hampir 2 tahun masih tak siap dibaiki, pelanggan dah bayar 80 peratus owner tetap bagi banyak alasan ARTIKEL BERKAITAN: Satu keluarga ada ‘kabel besar’, seluruh kawasan perumahan hidup terseksa! Samseng sesuka hati... Block jalan, rumah jadi bengkel Menurut wanita berkenaan, kerosakan keretanya bermula apabila mengalami kenaikan suhu (temperature) dan dia menghantarnya ke bengkel tersebut untuk dibaiki. Namun ujarnya, dia terkejut apabila diberitahu oleh pemilik bengkel bahawa enjin keretanya mengalami masalah menyebabkan ia tidak dapat dihidupkan. Kereta tak hidup tapi dalam resit pomen siap overhaul install sebiji kereta. Apa kejadah dia buat? NETIZEN "Saya boleh terima dan bayar kalau kereta saya dibuat dengan sempurna. Saya pun tak nak sakit kepala. Tapi bila pomen cakap bila enjin panas kereta akan mati, saya rasa macam bodoh. "Ibaratnya keluar dari bengkel tu, saya kena hantar bengkel lain. Saya rasa macam satu kerja bodoh. "Mintak pendapat apa yang perlu saya buat," tulisnya lagi. Antara reaksi warga maya terhadap perkongsian wanita berkenaan. Menjengah ruangan komen, rata-ratanya mencadangkan supaya wanita berkenaan melaporkan perkara tersebut kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia kerana ia seperti satu bentuk penganiayaan kepada pelanggan. "Kereta tak hidup tapi dalam resit pomen siap overhaul install sebiji kereta. Apa kejadah dia buat? "Belting saja tiga jenis, padahal pakai satu saja. Peluang menang besar kalau lapor tribunal pengguna ni puan. "Jahatnya bengkel macam ni. Mentang-mentang pemandu perempuan 'kaw-kaw' dia ketuk. Part (alat ganti) tak sepatutnya tukar dia pergi tukar. Lapor tribunal serta-merta biar dia tau erti penyesalan," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube