suria

Demi nak duduk tepi tingkap, mak ajar anak ‘curi’ tempat orang! Pura-pura cari ‘boarding pass’ lepas kru kabin datang

Para penumpang kapal terbang dikehendaki duduk ditempat yang ditetapkan bagi tujuan keselamatan.

HAMPARAN awan kapas di langit biru dan pemandangan indah dari kapal terbang saat melintas di atas daratan atau laut cukup mendamaikan pengembara.

Maka tidak hairanlah ramai yang berlumba-lumba menempah tempat duduk di tepi tingkap bagi menyaksikan keajaiban ciptaan Tuhan.

Bagaimanapun perjalanan seorang wanita dari Singapura ke Kuala Lumpur sedikit terganggu apabila tempat duduknya dan seorang penumpang lain 'dirampas' orang.

Ramai teruja menaiki penerbangan. -Gambar hiasan

"Ada mak dan anak remaja perempuannya. Maknya duduk tempat duduk saya, anaknya duduk tempat duduk seorang lelaki (di tepi tingkap).

"Jadi, kedua-dua kami 'bersidai' kat aisle (laluan) sebab dua-dua tempat duduk diambil," luahnya menerusi satu hantaran di laman Threads.

Susulan itu katanya seorang kru kabin datang memeriksa pas penerbangan mereka dan mengesahkan dua tempat duduk dari tepi tingkap di barisan berkenaan adalah miliknya bersama lelaki berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda tak menyesal pelawa makcik duduk seat tepi tingkap, rupanya nampak sesuatu sebelum naik pesawat

ARTIKEL BERKAITAN: Berani ‘curi’ tempat duduk tepi tingkap! Lelaki ini berkeras atas kapal terbang, suruh budak perempuan bangun - “Saya beli seat tu”

"Sahihlah tu memang seat kami. Maknya buat-buat keliru, tak jumpa boarding pass. Kemudian bangun ke belakang cari ahli keluarga lain... saya anggap boarding pass dia ada pada ahli keluarganya itu.

"Dia datang semula dan ambil barang-barangnya, tetapi tinggalkan anaknya (di tempat duduk tepi tingkap kepunyaan penumpang lelaki itu). Dia suruh anak dia stay," ujarnya sambil menambah tindakan wanita itu tidak menyelesaikan masalah.

Tak payah cakap banyak... saya bagi je 'muka singa', laju je anaknya bangun.

PENUMPANG WANITA

Keadaan itu membuatkan dia tidak selesa lalu menegur remaja berkenaan.

"Saya dah mula 'panas'. Saya tanya anaknya... adik punya seat nombor apa?. Budak tu tak menjawab, terus bangun dan ikut mak dia. Seat mereka hanya across kami punya.

"Mak duduk di seat tengah, anak kat aisle. Jadi, saya anggap anaknya nak seat tepi tingkap, jadi mak mengikut dan cuba barter system. Malah maknya tanya saya... boleh tak tukar?.

"Saya bertegas cakap 'tidak'. Tak ada bincang-bincang. Selepas 20 minit, akhirnya dapat seat kami. Mak dan anak kat sebelah seat sana tu boleh chill aje lepas menyusahkan orang... tak malu," katanya lagi.

Segelintir penumpang dalam pesawat mementingkan diri sendiri. -Gambar hiasan

Menerusi ruangan komen, wanita itu menjawab beberapa pertanyaan lanjut dalam kalangan warga maya berhubung kejadian berkenaan.

"Kami tanya dia (si ibu), kemudian kru kabin datang dan periksa boarding pass. Apabila dah sah memang kami punya, kru kabin tu pun pergi layan orang lain, kami tunggu sehingga dia bangun dan pulangkan seat kami.

"Nampak gaya orang kaya, takkan la pertama kali," katanya mengenai sangkaan warga maya berkemungkinan dua beranak itu tidak pernah menaiki kapal terbang sebelum ini.

Malah, jelas wanita itu tidak pun memarahi atau memaki penumpang dua beranak itu gara-gara mengambil tempat duduk yang ditempahnya.

"Tak payah cakap banyak. Saya bagi je 'muka singa', laju je anaknya bangun," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia