SETIAP ibu bapa pasti mahu memberikan yang terbaik kepada anak-anaknya. Menerusi hantaran di Thread, seorang wanita berkongsi tindakan yang diambil selepas mendapati kipas di rumah pengasuh anaknya tidak berfungsi. "Aku perasan kipas siling kat ruang tamu rumah pengasuh tidak berfungsi. Sekali dua aku datang hantar dan ambil, memang perasan yang kipas tu tak bergerak. "Aku pun sedapkan hati, mungkin dia belum hidupkan kipas tu atau tengah sapu sampah ke, tapi hari berlanjutan, kipas tu masih juga tidak berfungsi. Mengasuh kanak-kanak bukanlah perkara muda. -Gambar hiasan "Jadi aku bimbanglah takut anak aku kepanasan, rasa tak tenang hati apabila fikirkan keselesaan anak," luahnya yang sentiasa mahu memberikan keselesaan kepada cahaya matanya. Situasi yang berlaku itu menyebabkan aku berbincang dengan suami tentang cara untuk bertanyakan masalah kipas siling di rumah pengasuh. Maklumlah, jika tersalah soalan pasti akan melukakan hati pengasuh sekeluarga sekali gus menjejaskan cara penjagaan anak asuhan. Tambahan pula, pengasuh anaknya mempunyai empat orang anak dan kesemuanya sudah besar melainkan bongsu yang masih bersekolah rendah. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kematian anak di tangan pengasuh makin tertekan, pedih dengar mulut lancang geng suri rumah - “Kami kerja untuk bantu suami” ARTIKEL BERKAITAN: Mak-mak stres hadap pengasuh jenis suka hati cuti... Suami sakit pun tak boleh mengasuh, bayar bulanan mau penuh! "Bongsu je masih sekolah rendah, suaminya kerja sebagai pemandu bas dan aku fahamlah tentang keadaan ekonomi mereka yang mungkin tidak mengizinkan untuk membaiki kipas," ujar wanita ini. Enggan membiarkan perasaan bimbang tentang keselesaan anak menyelubungi diri, dia kemudiannya bertanya sama ada pengasuh terbabit ingin menggunakan kipas siling atau tidak. Malah wanita ini memberi alasan bahawa dia mempunyai lebihan kipas siling kerana bimbang pertanyaan tersebut disalah tafsir seterusnya ditolak. "Disebabkan tak mahu dia menolak, aku terus cakap yang ada orang nak pasangkan secara percuma. Anak-anak saya dah besar tapi memang saya amalkan berkongsi rezeki dengan pengasuh. WARGA MAYA "Memang aku yakin yang kipas siling dia rosak sebab pernah sekali tu nampak anaknya guna kipas tangan macam Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (isteri Perdana Menteri)," katanya lagi. Menurutnya lagi, hasrat untuk memberikan kipas siling tersebut akhirnya tercapai apabila pengasuh anaknya bersetuju untuk menerima. Perkongsiannya itu mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakannya memuji tindakan wanita ini yang tidak berkira untuk memberi keselesaan kepada anaknya. Warga maya memuji tindakan wanita ini yang prihatin dengan situasi pengasuh. "Alhamdulillah dapat mak ayah yang tidak berkira macam ni. "Sama macam kawan saya, dia tengok kipas siling ruang tamu macam tak pernah bergerak tapi lampu semua ada, dia terus bagi kipas berdiri cakap yang dia menang cabutan bertuah. "Anak-anak saya dah besar tapi memang saya amalkan berkongsi rezeki dengan pengasuh... rezeki bukan dari segi bagi makanan tapi duit dan terpulanglah dia nak buat apa. "Saya sayang pengasuh saya, pengasuh terbaik yang pernah saya dapat kerana selalu memudahkan kerja saya," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube