suria

Lucu tapi benar, HR siasat aduan kentut di pejabat... Rakan sekerja terus insaf, gurauan dipandang serius

HR perlu mengambil tindakan terhadap pekerja apabila menerima aduan. -Gambar hiasan

MENGELUARKAN angin atau kentut menandakan tubuh seseorang itu berada dalam keadaan sihat.

Malah kebanyakan pakar perubatan menggalakan amalan tersebut kerana ia melibatkan proses pencernaan.

Bagaimanapun, melakukannya di hadapan khalayak amatlah ditegah kerana bau busuk dan bunyi yang kuat amat menjengkelkan sesiapa sahaja.

Menerusi hantaran di aplikasi Thread, seorang wanita yang menggunakan akaun Noorfmsalih mendedahkan situasi yang dialami rakannya selepas mengeluarkan angin di tempat kerja.

Rakan sekerja gemar menghabiskan waktu rehat bersama-sama. -Gambar hiasan

Rakan sekerja gemar menghabiskan waktu rehat bersama-sama. -Gambar hiasan

"Kentut depan kawan kat tempat kerja, kemudian kena panggil dengan HR. Itu yang terjadi dekat aku dengan Nathan dua hari lepas.

"Tak tahu nak gelak atau kesian pada dia sebab masa tu kami nak pergi makan tengah hari. Nathan ni jalan depan aku lepas tu dia toleh cakap... I farted on you.

"Aku pun memang tak kisah sebab tiada bau longkang atau apa dan teruskan ke kafe... sekali lepas habis makan, aku tengok Nathan tak masuk kerja lagi," ujarnya berkongsi situasi.

Dia yang mesra disapa Noor berkata, selepas kira-kira setengah jam berlalu, barulah kelibat Nathan kelihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Staf baru kerja bengang HR tak beri keistimewaan, ‘kedekut’ pelepasan khas... Nak konvo kena mohon AL!

ARTIKEL BERKAITAN: Individu tipu bank guna slip gaji palsu, terkejut HR pun dapat tahu... Ramai syak hukuman buang kerja menanti!

Namun anehnya, wajah rakannya itu sangat sugul seolah-olah berlaku perkara yang tidak menyenangkan.

Lebih mengejutkan apabila, rakannya tiba-tiba memohon maaf atas perbuatan kentut semasa mereka dalam perjalanan ke kafe.

"Dia cakap 'I appologized to you Noor'. Aku pun tanya sebab apa dan dia sebut berkenaan kentut.

"Rupanya selepas makan tengah hari tu, dia dipanggil oleh HR (bahagian sumber manusia) kerana ada orang mengadu pasal dia kentut depan aku macam tak beradab.

Penat la HR macam ni, kentut staf pun kena uruskan.

WARGA MAYA

"Setengah jam juga dia kena ceramah pihak HR, tapi tak adalah surat amaran cuma terpaksa panggil sebab ada aduan, mereka kena ambil tindakan," tambahnya lagi.

Menurut Noor, susulan insiden tersebut, rakannya terus berubah sikap dan akan berlalu ke ruangan lain apabila ingin membuang angin.

Malah katanya, hingga kini tidak mengetahui siapa yang membuat aduan kepada HR sehingga rakannya dipanggil.

Tambahan pula pada masa tersebut, hanya dia dan Nathan sahaja yang bergerak ke kafe.

Meskipun insiden tersebut kedengaran kelakar, namun bagi Noor ia mengandungi pelbagai pengajaran.

Antara komen yang ditinggalkan warga maya.

Antara komen yang ditinggalkan warga maya.

"Kelakar tapi sebenarnya kena hati-hati sebab dalam pejabat kita ni tak semua sekepala. Lain orang, lain ragamnya," jelasnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa terkejut kerana perbuatan kentut turut menjadi 'masalah' pada HR.

Tidak kurang juga yang meninggalkan emoji ketawa di ruangan komen kerana menganggap insiden tersebut adalah kelakar.

"Kelakar tapi kentut pun ada adab ya. Dulu masa kecil-kecil cikgu ajar, nak kentut tak boleh kentut sesuka hati, kena keluar jauh sikit daripada orang.

"Kalau ada HR dekat rumah, hari-hari laki aku kena panggil gamaknya.

"Penat la HR macam ni, kentut staf pun kena uruskan.

"Yang tukang adu tu mesti sejak kecil kuat mengadu. Sikit-sikit panggil cikgu tengok dia," demikian komen warga maya.

Kentut meninggalkan bau busuk dan bunyi yang menjengkelkan. -Gambar hiasan

Kentut meninggalkan bau busuk dan bunyi yang menjengkelkan. -Gambar hiasan

Dalam pada itu, sejajar dengan situasi yang berlaku itu, mStar berkongsikan pandangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi laman sesawangnya yang memperincikan tentang hukum kentut di masjid.

"Hukum kentut di dalam masjid dalam keadaan ramai orang berada di sekeliling atau dalam keadaan yang menyebabkan para jemaah terganggu dengan bauannya adalah makruh.

"Namun, sekiranya di kawasan yang tidak ada orang padanya, maka hal ini adalah tidak mengapa kerana ternafinya gangguan," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain