suria

Lepas pegang makanan, sentuh duit pula... Pelanggan ‘kembang tekak’ tengok cara peniaga guna sarung tangan

Pengendali makanan dan peniaga disarankan untuk menggunakan sarung tangan. -Gambar hiasan

PENGGUNAAN sarung tangan sama ada jenis getah atau plastik semakin rancak dalam kalangan peniaga dan pengendali makanan.

Bagaimanapun kebanyakan penggunanya tidak mengikut aturan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM), seolah-olah bahan tersebut adalah kalis kuman.

Mana tidaknya, apabila menyarungkannya, mereka tidak lagi mencuci tangan secara kerap seperti yang disarankan kerana beranggapan ia tidak kotor.

Bak kata seorang pelayar Facebook, sarung tangan yang sepatutnya dikhususkan untuk pengendalian makanan dijadikan 'pengganti' tangan.

Penggunaan sarung tangan plastik adalah lebih baik

Penggunaan sarung tangan plastik adalah lebih baik.

"Ini situasi yang banyak berlaku sekarang, yang pasti sarung tangan mesti warna hitam.

"Dengan sarung tangan yang sama mereka guna buat makanan, pegang alatan memasak, rambut, duit dan serba serbi," luahnya.

Katanya lagi, senario tersebut berterusan apabila peniaga terbabit menggunakan sarung tangan berwarna hitam yang lebih tahan lasak dan tidak mudah koyak.

ARTIKEL BERKAITAN: Loya tekak! Tukang masak tegur peniaga guna pinggan mangkuk daki berkerak, penjual pisang goreng pun kena

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit mata, loya tengok proses bungkus nasi lemak! Pegang telur guna tangan kiri, ada ‘perasa’ tambahan daki cincin

Susulan itu, dia berharap supaya peniaga dan pengendali makanan menggunakan sarung tangan plastik seperti saranan kerajaan supaya kebersihan dan kualiti makanan lebih terjamin.

"Sebenarnya, lebih elok sarung tangan plastik yang nipis tu sebabnya jarang orang guna berulang kali.

"Nipis dan tak tahan lasak, jadi akan kerap ditukar... itukan lebih bersih," katanya.

Dia pakai sarung tangan sebab nak elak tangan kotor, bukan nak elak makanan tercemar.

WARGA MAYA

Menjengah ke ruangan komen, warga maya tampil dengan pandangan masing-masing termasuk 'mengharamkan' penggunaan sarung tangan.

"Guna tangan tanpa sarung lebih selamat, sejak zaman nenek moyang lagi dah diamalkan. Tak ada pun dengar mati kerana keracunan sedangkan zaman sekarang mencanak-canak kesnya.

"Dia pakai sarung tangan sebab nak elak tangan dia kotor, bukan nak elak makanan tercemar.

Warga maya tampil dengan pandangan masing-masing berhubung penggunaan sarung tangan

Warga maya tampil dengan pandangan masing-masing berhubung penggunaan sarung tangan

"Apabila ada peniaga yang guna tangan dikatakan kotor padahal mereka ni lebih kerap basuh tangan kerana tak selesa kalau terpegang benda yang melekit dan berminyak.

"Inilah akibatnya tak pergi kursus pengendalian makanan, tak pun tidur dalam kelas. Masuk kelas dua jam untuk dapat sijil je," demikian luahan warga maya.

Dalam pada itu, KKM menerusi kenyataan di laman Facebook menjelaskan tujuan pemakaian sarung tangan dalam pengendalian makanan adalah untuk menyentuh makanan sahaja.

Namun, terdapat sesetengah pengendali makanan yang mengabaikan amalan kebersihan yang baik dengan menyentuh pelbagai permukaan dan objek seperti wang, peralatan memasak termasuk anggota badan.

Tindakan tersebut menyebabkan bakteria daripada objek dan pengendali tersebut berpindah kepada makanan yang akan menjejaskan kebersihannya.

Keadaan ini akan meningkatkan risiko berlakunya keracunan makanan dalam kalangan pengguna.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain