PENCERAIAN mungkin menjadi pilihan terbaik bagi pasangan suami isteri yang tidak lagi sehaluan. Namun, hakikatnya, ia memberi kesan besar kepada emosi dan tingkah laku anak-anak. Melalui situasi yang sama, seorang lelaki bercerita pengalamannya terpaksa melalui fasa gelap dalam hidup selepas mengambil keputusan untuk berpisah dengan isteri bagi membawa haluan masing-masing. Menerusi perkongsian semula kisah itu di akaun TikTok @Alinkiwi, individu tersebut menyatakan dia pernah bercerai dengan isteri selama empat tahun. "Pada ketika itu, anak sulung berusia dua tahun manakala yang kedua baru lapan bulan. Selepas bercerai saya rasa hidup macam bebas sangat, masa giliran jaga anak-anak kita rasa seronok. Emosi serta tingkah laku anak-anak dipengaruhi keadaan kekeluargaan. -Gambar hiasan "Tapi apabila giliran isteri yang jaga, saya rasa kosong. Masa tu baru sedar yang saya perlukan seseorang," luahnya. Menurut lelaki itu lagi, sepanjang tempoh penceraian, dia melihat perubahan anak sulungnya yang semakin kurang keyakinan serta lebih banyak menyendiri. Malah katanya, perubahan ketara dapat dilihat pada emosi dan tingkah laku anaknya ketika sanak saudara berkumpul pada hari raya. "Sejujurnya anak pertama saya yang paling nampak terkesan, dia pendam perasaan... jadi tak berkeyakinan dan banyak termenung. "Apabila hari raya, anak-anak saya jadi macam perlukan sesuatu selepas nampak sepupu-sepupu yang ada keluarga lengkap. ARTIKEL BERKAITAN: Suami gembira famili selalu datang rumah... Tak pernah nampak mak ayah jadi ‘raja’, layan isteri macam hamba ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dihukum ‘silent treatment’, suami tak bawa pergi Cameron Highland... Rupanya dituduh curi duit tabung anak, pecah amanah RM2,000 "Selepas empat tahun, saya ajak isteri untuk keluar beli barang sekolah dan satu ayat daripada anak nombor dua buat kami terkesan... adik gembira sangat dapat beli macam-macam dengan mommy daddy," luahnya lagi. Menurutnya, lebih menyedihkan apabila anak keduanya itu turut menyuarakan keinginan untuk tidur bersama-samanya dan bekas isteri ketika itu. Pada masa sama, anak sulungnya meminta agar mereka kembali berkahwin kerana mahukan keluarga yang lengkap. "Anak sulung cakap... mommy kahwin la dengan daddy balik, abang nak mommy dengan daddy," katanya yang kemudiannya akur dengan permintaan anak-anak dan kembali berkahwin. Kalau pasangan kita tidak melibatkan orang ketiga iaitu curang, masih ada peluang untuk baiki hubungan. WARGA MAYA Bersyukur dengan jalan yang dipilih, dia tidak menyangka keyakinan anak sulungnya juga kembali dan menunjukkan perubahan positif. Bukan itu sahaja, anaknya sudah boleh membaca dan banyak menyertai pertandingan yang dianjurkan di sekolah. Bagi lelaki ini, pasangan suami isteri perlu mengutamakan anak-anak dalam setiap tindakan mahupun keputusan yang bakal diambil. Malah dia turut menitipkan pesanan kepada pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin yang sedang berdepan kemelut rumah tangga supaya berdamai demi anak-anak. "Buat Fazura dan Fattah Amin, buang ego tu... kesian anak. Saya dah lalui, anak-anak yang terkesan. Warga maya memberikan pandangan masing-masing. "Saya doakan Fazura dan Fattah bersatu kembali," katanya di akhir coretan. Menjengah ke ruangan komen di akaun TikTok tersebut, warga maya tampil dengan pandangan dan nasihat masing-masing. "Maaf cakap, situasi setiap orang tak sama. Macam saya anak empat orang, yang sulung berusia lapan tahun. Dia paling bahagia apabila saya dan suami bercerai dan cakap saya nampak gembira kerana tidak dihalau atau dimaki. "Saya pun tengah goyah sekarang ni lepas baca luahan ni, terus nak pertahankan rumah tangga dan bersabar... tak ada curang pun cuma ego masing-masing. "Kalau pasangan kita tidak melibatkan orang ketiga iaitu curang, masih ada peluang untuk baiki hubungan. "Tolonglah jangan guna anak, kalau mak ayah tak bahagia duduk sebumbung, anak juga yang terkesan," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube