BEKERJA dalam persekitaran yang toksik bukan hanya membuatkan seseorang itu kurang bermotivasi malah 'membunuh' semangat serta keyakinan diri apatah lagi apabila menjadi mangsa serangan peribadi. Demikian juga dengan situasi yang dilalui seorang wanita ini sehingga dia mengalami depresi gara-gara menjadi sasaran beberapa rakan sekerjanya. Kisah wanita tersebut dikongsikan suaminya menerusi hantaran di satu laman grup Facebook. "Saya ada satu persoalan, tentang situasi isteri saya. Dia bekerja sebagai seorang kerani (pembantu tadbir) di dalam sebuah jabatan kerajaan. "Dalam jabatan tu, dia ada tiga orang kawan rapat. Tapi dah tak rapat macam dulu, selepas satu kejadian ni. Saya melarang isteri untuk sertai mereka bertiga keluar healing semasa hari cuti," kongsinya. Ujar lelaki berkenaan, larangan tersebut bukanlah kali pertama disuarakan kepada isterinya memandangkan wanita itu memegang status 'isteri orang', apatah lagi waktu cuti wajar diluangkan untuk keluarga. Seseorang akan mengalami tekanan atau kemurungan gara-gara dipulaukan di tempat kerja. -Gambar hiasan "Disebabkan hal itu, tiga orang tadi memulaukan isteri saya di tempat kerja. Saya nasihatkan isteri untuk bertahan dan fokus pada kerja. Habis waktu kerja, fokus pada rumah dan anak-anak. "Isteri saya tabah dan bersabar. Sampailah satu tahap dia kena body shaming dalam group WhatsApp kerja oleh salah seorang daripada tiga orang tadi. "Disebabkan itu, isteri saya berasa depress dan down. Sampai tahap macam tu mereka nak malukan dia," luahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Body shaming: Influencer Eira Aziera kekal bayar ganti rugi RM100,000 ARTIKEL BERKAITAN: Ramai pernah kelar tangan hukum diri, gadis nasihat mangsa depresi "kalau nak baik, buat rawatan" Memandang serius gangguan yang diterima isterinya, lelaki tersebut berkata dia mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang melakukan penghinaan berkenaan. "Persoalan saya, body shaming adalah jenayah bukan? Kita boleh report polis kan, bukti ada dalam group WhatsApp kerja. "Tujuan utama saya adalah untuk menjadi sebab kukuh supaya isteri saya dapat bertukar ke jabatan lain," kongsinya lagi. Dah ada kes saman melibatkan body shaming. Orang yang kena body shaming menang kes. NETIZEN Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menyokong tindakan lelaki berkenaan kerana mempertahankan serta melindungi isterinya daripada menjadi mangsa individu toksik. "Body shaming lebih kepada peribadi dan harus mengambil tindakan sivil dan boleh didakwa di mahkamah sivil di bawah kanun keseksaan... maksudnya boleh saman la. "Dah ada kes saman melibatkan body shaming. Orang yang kena body shaming menang kes. "Boleh je buat report. Isi pertukaran lampirkan sekali dengan report. Yang semestinya memang kena keluar daripada circle tu. Kalau tidak lagi teruk depress," demikian antara komen netizen. Reaksi warga maya terhadap perkongsian individu berkenaan. Sebagai maklumat tambahan, mangsa body shaming boleh mengambil tindakan undang-undang dengan melaporkan perkara tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau balai polis. Pelaku jenayah body shaming boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dihukum penjara tidak melebihi satu tahun, denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube