suria

Nak berkelah pun tak senang! Sekeluarga dihalau, disindir gara-gara bentang tikar depan khemah biru di pantai PD

Kewujudan khemah biru di tepi pantai mengundang rasa kurang senang ramai.

PANTAI sering menjadi lokasi tumpuan masyarakat untuk beriadah sambil menikmati keindahan laut yang terhampar luas.

Namun perlu diingat, seiiring dengan namanya iaitu pantai awam, kemudahan ini seharusnya dikongsi dengan bertimbang rasa sesama pengunjung.

Kecoh sejak kebelakangan ini di media sosial, ekoran sesetengah pantai di Malaysia diperhatikan menyediakan perkhidmatan sewaan kanopi untuk orang ramai berteduh dan beristirahat.

Pantai sesak dengan pengunjung ketika hujung minggu dan musim cuti persekolahan. -Gambar hiasan

Rasa kurang senang segelintir pihak mula timbul susulan deretan kanopi yang didirikan itu mencacatkan pemandangan.

"Pening sekejap, aku ni dekat pantai atau sebenarnya di pasar malam," kata seorang warga maya berseloroh.

Dalam pada itu, menerusi satu hantaran tular di laman X, seorang pelayar tampil menceritakan pengalamannya berurusan dengan individu yang bertanggungjawab mendirikan khemah berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelong kereta jiran RM800, siap percuma pam racun! Mesej padu peniaga menjadi, jiran ‘kebal’ 2 tahun asyik parking depan rumah akhirnya ubah fikiran

ARTIKEL BERKAITAN: “Makcik kereta ke?” – Pemandu tegur wanita berdiri tengah panas cop parking... Netizen rasa kelakar, puji cakap tak kurang ajar

Menurutnya, dia ketika itu sedang bercuti bersama keluarga di sebuah pantai sekitar Port Dickson, Negeri Sembilan dan tidak menyangka akan timbul ketegangan melibatkan individu tersebut.

"Aku dengan keluarga bentang tikar untuk berkelah depan khemah mereka tu. Tiba-tiba datang seorang lelaki ni menghampiri kami, rupanya dia yang jaga khemah dekat situ.

"Dia beritahu tak boleh duduk sini (depan khemah). Tapi saya berkeras, tak mahu berganjak. Lelaki tu siap perli kami lagi, tapi kami buat tak tahu je. Bukannya dia boleh buat apa pun dengan kami.

Ajar sikit puak ni, menyampah betul buat pantai tu macam mereka yang punya.

WARGA MAYA

"Saya orang tempatan di sini, saya lebih tahu," ujarnya menetapkan pendirian.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya turut menyokong tindakan pelayar itu.

"Amboi siap buat peraturan tak boleh bentang tikar dekat pantai awam, kau ingat kau siapa? Bagus apa yang encik buat, ajar sikit puak ni, menyampah betul buat pantai tu macam mereka yang punya.

Pelayar meluahkan rasa kesal.

"Suka hati je pacak khemah dekat pantai dan minta bayar, kalau macam tu, kita pun ada hak nak bentang tikar dekat mana-mana yang kita suka. Apa salahnya? Asyik mereka je nak bolot semua.

"Boleh laporkan benda ni ke pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk diambil tindakan, pantai bukan premis perniagaan.

"Aktiviti mereka ni akan membunuh industri pelancongan tempatan, aku pernah cuba sewa kanopi tu, satu lot harga RM50. Memang cekik darah, nanti jangan bising kenapa orang kita lebih suka bercuti ke negara jiran," kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia