suria

Wanita lega dapat jaga solat, pakcik bas ekspres tak lupa waktu Subuh... Paling indah siap kejut penumpang Muslim turun ramai-ramai

Kebanyakan pemandu bas akan memberhentikan kenderaan bagi memudahkan penumpang menunaikan solat. -Gambar hiasan

MENJADI kewajipan seorang Muslim untuk menjaga solatnya dalam apa jua keadaan sekali pun, kecuali bagi golongan yang dikecualikan melaksanakan perintah tersebut.

Bagaimanapun ada kalanya wujud juga situasi yang menjadi kekangan untuk mendirikan solat di dalam waktu yang ditetapkan.

Antaranya, ketika melakukan perjalanan jauh menggunakan kenderaan awam, kesesakan lalu lintas yang teruk dan sebagainya.

Dalam satu hantaran di laman sosial, perkongsian seorang wanita mengenai kisahnya ketika menaiki bas ekspres mengundang perhatian warga maya.

Menurut wanita berkenaan, dia dan keluarganya menaiki bas ekspres dari Terengganu ke Johor Bahru pada waktu malam dan dijadualkan tiba di destinasi seawal waktu Subuh.

bas 2

Hentian rehat dan rawat menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjung, antaranya gerai makanan, surau, tandas dan sebagainya. -Gambar hiasan

"Sepatutnya bas kami tiba pukul 9.30 malam, tapi tak sampai lagi. Kami diberitahu jalan sesak. Akhirnya bas kami tiba pukul 10.15 malam.

"Waktu bas tiba tu saya dah terfikir.. tak sempat solat subuh dekat Johor Bahru ni. Lagi pula bas ni akan berhenti di stesen-stesen lain untuk turunkan penumpang pula," tulisnya.

Ujar wanita itu, ketika dalam perjalanan hatinya semakin gusar apabila jam sudah melepasi pukul 6 pagi namun bas ekspres yang dinaikinya masih belum tiba di destinasi yang ingin ditujui.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu bas sekolah jadi perhatian turunkan murid seorang demi seorang, periksa setiap seat - “Puas hati bayar mahal pun”

ARTIKEL BERKAITAN: Penumpang uji kesabaran bawa air ikat tepi, barang basah naik bas... Abang driver tak marah-marah, pandai kawal situasi

"Apabila sampai dekat R&R Ayer Hitam, jam dah pukul 6.15 pagi. Awat (kenapa) bas ni berhenti, tak jalan?

"Rupanya bas itu memang berhenti untuk solat subuh. pakcik yang bawa bas tu siap kejutkan setiap orang dekat kerusi untuk solat subuh,

"Sebelum bergerak semula, pakcik bas check seorang demi seorang. Kerusi yang kosong, beliau pastikan dengan penumpang sebelah... takut ada yang tertinggal.

"Saya senyum sendirian. Alhamdulillah, bersyukur kerana Allah rezekikan pemandu bas yang menjaga waktu solat," tulisnya.

Pakcik tu banyak dapat pahala asbab berhenti dan seru semua untuk solat subuh. Sebak pula baca.

NETIZEN

Tambah wanita berkenaan, dia begitu kagum kerana pemandu bas berkenaan mengambil keputusan untuk mengutamakan solat biarpun mempunyai pilihan meneruskan perjalanan agar segera tiba di destinasi.

"Namun beliau memilih untuk berhenti. Beliau tidak sekadar melakukan kerjanya tetapi beliau mengambil tanggungjawab bahawa penumpangnya adalah amanah beliau.

"Buat pakcik bas, semoga pakcik terus sihat, kuat semangatnya dan diberikan rezeki yang berkat," akhirinya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya melontarkan pujian buat pemandu bas ekspres berkenaan malah ada juga yang turut berkongsi pengalaman masing-masing.

bas 3

Antara komen netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan.

"Pakcik tu banyak dapat pahala asbab berhenti dan seru semua untuk solat subuh. Sebak pula baca.

"Alhamdulillah dapat pemandu bas yang baik. Suami berhenti rehat pergi solat Isyak, alih-alih bas gerak.

"Alhamdulillah dari Terengganu ke Shah Alam, mesti pemandu bas berhenti solat subuh sebelum teruskan perjalanan," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia