suria

Adik pasang telinga, curi dengar sesi luahan perasaan... Terkejut dapat tahu ibu ‘burnout’ urus rumah, kakak jadi tempat mengadu

Pengorbanan seorang wanita bergelar ibu tiada galang gantinya. -Gambar hiasan

PENGORBANAN seorang ibu sering disembunyikan daripada anak-anak kerana tidak mahu mereka berasa gusar atau terhutang budi.

Namun sebagai manusia biasa, sosok tubuh seorang ibu tidak terlepas daripada berasa penat dan letih.

Melalui satu perkongsian tanpa nama di laman X, seorang anak terkejut apabila secara tidak sengaja mencuri dengar perbualan antara ibu dan kakaknya di dapur.

Kampung hanya menjadi tempat persinggahan apabila anak meningkat dewasa. -Gambar hiasan

Menurutnya, dalam perbualan tersebut terselit luahan daripada ibunya yang cukup mengejutkan.

"Waktu tu mak aku dekat dapur dengan kakak, aku saja curi dengar perbualan mereka dari kejauhan. Tak sangka rupanya selama ni mak aku penat urus rumah tapi dia pendam... akhirnya dia luah juga dekat kakak aku.

"Sayu sangat dengar suara mak masa tu. Kakak aku kerja di Kuala Lumpur, dia cuma balik waktu hujung minggu untuk tolong mak apa yang boleh.

ARTIKEL BERKAITAN: Penat jadi ‘mesin ATM’ famili! Mak ayah ‘demand’ elaun balas jasa... Minta nada bergurau, anak tahu dalam hati memang berharap

ARTIKEL BERKAITAN: Buat anak-anak macam pelaburan, mak ayah minta lebih 70 peratus duit gaji... Paling dahsyat heret paksa keluarkan dekat bank

"Walaupun mak sebenarnya penat, aku perasan mak selalu buat kerja rumah dengan senyuman pada wajahnya. Hebat betul mak aku," ujar anak itu remuk hatinya susulan pendedahan tersebut.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya menggesa si anak untuk berhenti berpeluk tubuh dan segera mengambil tindakan proaktif agar si ibu tidak lagi terbeban dengan lambakan kerja rumah.

Seorang mak akan cuba selindung kepenatannya selagi boleh, tak mahu susahkan anak.

WARGA MAYA

"Tunggu apa lagi? Pergi kongsi duit sesama adik-beradik, panggil pembantu dalam dua hingga tiga kali sebulan untuk tolong bersihkan rumah, minta selesaikan kerja-kerja yang berat tu. Baru mak tak penat tanggung semua.

Kerja rumah memerlukan kudrat dan boleh membebankan mereka yang berusia. -Gambar hiasan

"Awak jangan hanya tahu mendengar je, Tuhan dah atur dengan baik untuk bagi petunjuk tentang kesengsaraan mak awak, pergi bantu segera. Seorang mak akan cuba selindung kepenatannya selagi boleh, tak mahu susahkan anak.

"Tapi itu bukan tiket untuk anak-anak pandang sambil lewa tentang hal ehwal mak, boleh jadi penyebab kalian ke neraka.

"Jaga mak sebaik-baiknya, jangan menyesal di kemudian hari," demikian kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia