SUATU masa dahulu, kisah rumah tangga kebanyakannya berkisarkan suami curang dan isteri dianiyai, tetapi seiring peredaran masa perkara sebaliknya berlaku. Banyak paparan kisah dan perkongsian di laman sosial yang menunjukkan golongan wanita, termasuk yang bergelar isteri juga curang terhadap suami. Lebih menyedihkan apabila ada isteri sanggup melakukan apa sahaja demi dilepaskan oleh suami atas alasan tiada persefahaman dan perasaan kasih kian hambar sedangkan sudah ada lelaki lain menanti. Seorang pekerja mahkamah syariah, menerusi aplikasi Tik Tok, SeinWto313 berkongsikan kisah pahit yang dialami seorang lelaki berkaitan isterinya. Isteri sanggup fail tuntutan cerai palsu. Foto: TikTok Isteri kepada lelaki itu didakwa tidak berfikir panjang dengan memfailkan perceraian di mahkamah syariah secara rahsia tanpa pengetahuan suami. Wanita itu dikatakan memfailkan pertuduhan palsu dengan memberikan dua alasan untuk bercerai iaitu suami gagal menunaikan nafkah dan meninggalkan dirinya. "Bagi alamat pun rumah yang suami tak tinggal dah, dengan harapan tiga kali panggilan untuk suami hadir, talak pun jatuh," katanya. Bagaimanapun, tindakan yang dilakukan secara diam-diam itu diketahui oleh suaminya apabila salah seorang sahabat mereka menceritakan tentang perancangan si isteri. Suami dedah rahsia isteri kepada hakim. Foto: TikTok Menurut SeinWto313, pada hari prosiding alangkah terkejutnya isteri apabila melihat kemunculan si suami dan ketika itu dia sedar rahsianya bakal terbongkar di hadapan hakim. Perbicaraan dimulakan dengan hakim bertanya tentang dua tuduhan yang dibuat terhadap suami dan wanita itu mengesahkannya dengan menjawab 'ya, betul'. Ketika hakim bertanya kepada suami, ketika itulah segala tindak tanduk isterinya terbongkar. "Tak betul tuan hakim, isteri saya tinggal bersama saya selama empat tahun, mana datang tak bagi nafkah. "Saya dah sediakan tempat tinggal, makanan semua ada tapi dia malas masak hanya nak makan di luar... makan luar bukan nafkah kan?" suami menjawab pertanyaan hakim. Isteri curang diceraikan dengan syarat. Foto: TikTok Bagi pertuduhan kedua yang mana lelaki itu didakwa telah melarikan diri, sekali lagi si suami menafikannya. "Seperti yang tuan hakim tahu, dia tinggal bersama saya. Bila gaduh dia balik kampung rumah family. "Jadi kat sini, dia yang lari bukan saya," tegas lelaki itu. Mendengar jawapannya, hakim terus bertanya kepada isteri tentang alasan dia memfailkan pertuduhan palsu. "Saya sebenarnya dah tak suka dia, kami tak sefahaman," jawabnya. Jawapan yang diberikan itu membuatkan si suami tidak berdiam diri sebaliknya menceritakan perkara sebenar yang berlaku dalam rumah tangganya. Dia paksa saya untuk lafaz cerai dengan menghantar gambar dia dengan lelaki lain. SUAMI "Bukan itu sebabnya tuan hakim... dia ada lelaki lain di belakang saya dan dia dah lama bersama lelaki itu. "Dia paksa saya untuk lafaz cerai dengan menghantar gambar dia dengan lelaki lain. "Saya tak mahu sebab tu dia daftar senyap-senyap cerai ni," kata si suami sambal menunjukkan gambar isterinya sedang berpelukan di dalam hotel. ARTIKEL BERKAITAN: Sesal tidak berguna... Suami berkali-kali kantoi curang gelabah, akhirnya isteri minta cerai! - “Saya malu dengan mentua” ARTIKEL BERKAITAN: Isteri lari ikut pakwe lama, tinggalkan anak-anak selepas suami bankrap - “Saya muflis pun sebab nak kayakan dia” Mendengar penjelasan lelaki itu membuatkan hakim mengucap panjang dan mengingatkan isterinya tentang dosa berzina. Seterusnya lelaki itu berkata dia bersetuju untuk menurut permintaan isterinya yang mahukan penceraian dengan meletakkan dua syarat. Syarat pertama adalah si isteri tidak boleh menuntut apa-apa termasuklah nafkah edah dan syarat kedua dia mahukan hak penjagaan anak atas alasan bimbang si kecil itu berperangai seperti ibunya. Suami masih memaafkan isteri selepas curang. Foto: TikTok Bagaimanapun wanita itu merayu kepada suaminya agar dia tidak dipisahkan dengan anak. "Aku nak hak penjagaan anak tu tapi aku bagi kau jaga anak. "Kalau suatu hari kau abaikan dia, aku boleh ambil dan kau tak ada hak melarang," suaminya memberikan persetujuan bersyarat berhubung penjagaan anak. Wanita berkenaan setuju dengan syarat ditetapkan dan kemudian suaminya pun melafazkan cerai. Selepas selesai prosiding, mereka berdua bertemu di luar mahkamah dan lelaki tersebut sudi memaafkan segala kesalahan bekas isterinya. "Terima kasih atas segalanya, Allah tahu apa yang kau buat, semoga kau bertaubat. "Aku ampunkan semua," katanya. Perkongsian itu mendapat perhatian warga maya dan pelbagai reaksi diberikan atas tindakan wanita itu. “Tuan, saya menangis, kadang kala apabila dapat suami yang elok, isterinya pula, dan keadaan sebaliknya. Inilah dunia. “Rugi kak, Allahu,” antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube