suria

Dulu kerja hebat, semua orang sanjung! Lelaki kuat berjoli jatuh terduduk lepas muflis, cuma isteri setia susah senang bersama

Segelintir individu tersilap langkah ketika muda namun akhirnya menyesal dan mula memperbaiki hidup. -Gambar hiasan

SETIAP individu pasti mempunyai kisah silam masing-masing.

Demikian juga dengan individu ini yang mengakui pernah 'terbabas' gara-gara gelap mata dengan wang dan termakan hasutan dunia sehingga akhirnya jatuh terduduk.

Bukan mahu membuka aib diri sendiri, namun menurut individu ini, perkongsiannya hanya bertujuan untuk memberi pengajaran kepada insan lain agar tidak melakukan kesilapan seperti dirinya.

"Kesilapan dalam hidup yang paling besar ialah waktu zaman muda, tahun 90-an sewa bilik di Bukit Bintang kerja bartender dan F&B (industri makanan dan minuman) dengan lifestyle bebas.

"Masuk corporate tahun 2000 di sektor perbankan dan jadi manager Melayu pertama di bank international.

"Diberi peluang untuk set-up new department from A to Z hingga ditawarkan 30 peratus kenaikan oleh bank lain sebab nak copy idea dan process tersebut.

"Bisikan syaitan selalu di telinga hinggakan ada yang tawar badan semata-mata ingin dapatkan kerja, ada client belanja clubbing semata-mata nak kipas bodek. Setiap minggu menjadi tetamu tegar kelab malam dengan beberapa skandal," kongsinya.

berjoli 2

Pengurusan kewangan yang tidak betul menjadi penyebab seseorang berdepan dengan risiko diisytiharkan muflis.

Terbawa-bawa dengan cara hidup yang terlalu bebas dan kegagalan menguruskan kewangan, dia diisytiharkan muflis pada 2012.

Bertitik tolak selepas memegang status muflis, dugaan pun datang bertimpa-timpa.

ARTIKEL BERKAITAN: Insaf lepas berjoli sakan, pemuda sebak call bank tamatkan 6 kad kredit! Ikut 5 saranan perancang kewangan

ARTIKEL BERKAITAN: Demi bayar hutang ah long, sekeluarga ‘hilang’ kereta... Isteri anggap ada hikmah, suami berhenti merokok nak berjimat

"Semua akaun bank dibekukan, ASB tak dapat akses, EPF hanya mampu tengok.

"Dibuang kerja dan semua kawan yang kita belanja dan staf-staf yang kita bantu dulu hilang menjauhkan diri. Yang masih setia dan sabar hanya isteri.

"Untuk survive, cuba buat bermacam bisnes sendiri sebab mindset kita muflis susah nak dapat kerja.

"Jual nasi lemak, burger, frozen, mencuci, runner dan macam-macam hingga berjalan kaki hantar anak-anak sekolah. Tapi sebab kerak periuk nasi dulu besar, jadi terpaksa pinjam ah long untuk survive," kongsinya.

Belajar ilmu bayar hutang, dan urus duit. Ilmu urus duit tu mahal.

NETIZEN

Bagaimanapun, individu berkenaan tidak mendedahkan jumlah hutang yang ditanggungnya sejak hampir 12 tahun lalu itu.

"Alhamdulillah sekarang usia 50 tahun dikurniakan enam anak dengan isteri yang sama, dah kembali ke jalan Allah dan masih berharap agar taubat diterima.

"Dipendekkan cerita, nama masih muflis. Buat masa ni belum ada keperluan untuk bersihkan nama sebab bukan ada nak buat apa-apa pinjaman pun.

"Atau patutkah saya pergi juga ke Jabatan Insolvesi dan serah diri untuk bayaran bulanan?" tulisnya lagi.

komen 1

Antara kata nasihat dan pandangan netizen.

Coretan berkenaan mengundang perhatian netizen yang rata-ratanya tampil memberikan kata-kata semangat dan nasihat buat individu berkenaan.

"Salute dekat isteri la. Betul-betul stay susah senang. Moga bahagia selamanya, bang.

"Pergi aje insolvensi. Mereka suruh declare dan buat payment berapa yang kita mampu. Masa dah dengan insolvensi, semua pengutip hutang tak boleh kacau pun.

"Pergi je insolvensi. Belajar ilmu bayar hutang, dan urus duit. Ilmu urus duit tu mahal," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain