suria

Budak pandai zaman sekolah, dewasa jatuh terduduk! Wanita mengeluh nasib diri, netizen nampak di mana silapnya

Dalam kehidupan, setiap orang akan ditimpa bermacam ujian. -Gambar hiasan

MUSTAHIL untuk seseorang itu meramal dengan tepat apa yang menanti dirinya pada masa hadapan.

Melalui satu luahan tanpa nama di laman X, seorang wanita berkongsi kisah hidupnya yang diibaratkan seperti pusingan roda, pernah berada di atas tetapi sekarang sudah beralih ke bawah.

Menurut wanita itu, dia merupakan murid cemerlang pada zaman persekolahan, namun kini segalanya berubah sepenuhnya.

Setiap individu mempunyai cara berbeza untuk mengukur kejayaan. -Gambar hiasan

"Waktu sekolah dulu, saya selalu duduk kelas depan dan pencapaian saya pun 'meriah' ketika tu. Banyak perkara yang saya banggakan, saya boleh dikira sebagai high achiever.

"Tapi sekarang saya dibelenggu banyak masalah dalam kehidupan. Antaranya saya mengalami gangguan tekanan pasca trauma (PTSD), kecelaruan episod kemurungan major (MDD) dan tiada hala tuju dalam kehidupan ni.

"Lagi tragis, saya kerja stabil pun tiada, keadaan keluarga berantakan, kawan semua menghilangkan diri dan teman lelaki saya 'hauk' (teruk). Saya buntu dengan keadaan saya sekarang," ujar wanita itu kecewa mengenangkan nasib dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat 5C dalam SPM, permohonan UPU gagal... Gadis sedih mak ayah anggap diri bodoh, patut bangga sebab ‘result’ percubaan lebih teruk

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar raih 6A 2B dalam SPM dedah punca ditolak masuk kelas paling belakang - “Mereka makan nasi, saya pun sama”

Lebih menambah rasa pilu apabila wanita tersebut mula membandingkan dirinya dengan kehidupan orang lain.

"Kawan-kawan saya zaman sekolah dulu, sama ada mereka yang kelas tercorot atau kelas paling depan, masing-masing nampak bahagia dengan kehidupan sendiri.

"Ada yang dah berkahwin, berjaya capai cita-cita atau sedang mengejar kerjaya. Saya bukan nak mempersoalkan takdir hidup ni, tapi dekat mana silapnya sampai jadi begini?" soal wanita itu cuba mencari kepastian.

Masih muda lagi umur awak tu, baru 24 tahun, belum terlambat untuk capai benda yang hebat dalam kehidupan ni.

WARGA MAYA

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya memberikan semangat kepada wanita itu supaya cekal menghadapi ujian hidup.

"Kesilapan pertama adalah awak melihat kehidupan orang lain dan bandingkannya dengan awak punya. Belajar bersyukur, baru awak sedar yang setiap orang mempunyai kekurangan dan kelebihan dalam hidupnnya.

"Awak hanya nampak dari luaran, saya boleh jamin bahawa orang yang awak pandang tinggi tu pun mesti ada rasa kurang dalam hidup dia, rasa macam nak sesuatu yang dia tak ada. Kita tak akan pernah capai rasa 'cukup' tu.

Pelayar bertukar pandangan.

"Masih muda lagi umur awak tu, baru 24 tahun, belum terlambat untuk capai benda yang hebat dalam kehidupan ni. Teruskan berjuang okay.

"Anggap ini hanya ujian daripada Tuhan untuk lihat sejauh mana tahap kesabaran awak," ujar warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain