TIDAK semua individu mempunyai common sense atau adab biarpun untuk perkara yang sangat ringkas. Apa yang lebih mengecewakan, dalam sesetengah situasi sikap sedemikian boleh menimbulkan rasa kurang senang dan kesulitan kepada pihak lain, sebagaimana perkongsian seorang individu ini di Facebook. Menerusi hantaran di laman sosial berkenaan, individu tersebut meluahkan rasa tidak selesa dengan sikap segelintir ibu bapa atau penjaga yang gemar 'bersidai' di hadapan rumahnya sambil merokok ketika menunggu untuk menjemput anak masing-masing pulang dari sekolah. Individu berkenaan meluahkan rasa geram apabila ada ibu bapa mengalihkan pasu bunga dan kon yang diletakkan di hadapan pagar rumahnya. -Foto FB "Rumah saya sebelah sekolah... asalnya saya bagi je dan mudahkan orang. Sekolah pagi dan petang, tapi kadang-kadang sampai kereta parking depan pintu, buang sampah. "Sampai satu hari tu saya letak kon depan rumah dan letak pasu atas tembok tu. "Mereka tunggu anak balik sekolah setiap hari, tapi kadang-kadang pintu depan rumah kita mereka block. "Pasu tu pun saya letak sebab tengok jiran lain ada letak. Saya pun tanya jiran, (dia) pun nak elak orang lepak depan rumah dia juga," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Depan sekolah baru nak hulur duit, salam peluk cium... Lelaki tegur ibu bapa berkasih sayang tak kena tempat, punca trafik sesak! ARTIKEL BERKAITAN: Bapa ambil kad laporan anak, tak nak kalah bertekak dengan guru wanita! Abang polis menyirap tengok dari belakang Bagaimanapun menurut individu berkenaan, apa yang membuatkan dia bertambah bengang apabila ada di antara penjaga yang sesuka hati mengalihkan pasu dan kon yang sudah diletakkan di hadapan rumahnya. "Asalnya tak nak tegur, tapi macam bisikan syaitan suruh tegur juga sebab hak kita. "Saya cuma cakap, 'lain kali jangan alihkan boleh tak'. Dia jawab, 'rumah awak dekat dalam, suka hati saya'. Dia kata nak tumbuk saya, lepas tu dia beredar. "Pernah sediakan tong sampah, orang buang suka-suka hati. Tuang air dekat dalam. Sampah kalau dibuang bukan dalam plastik, nanti tukang ambil sampah tak nak buat betul-betul," tulisnya lagi. Letak CCTV pastikan nampak nombor plat kereta, motor. Lepas tu viralkan... biar satu Malaysia kecam. NETIZEN Luahan individu berkenaan mengundang perhatian serta simpati warga maya yang seakan-akan dapat menyelami situasi sukar yang dihadapinya. Malah, rata-ratanya tampil dengan pelbagai cadangan sebagai solusi kepada masalahnya. Cadangan yang disuarakan netizen. "Letak CCTV pastikan nampak nombor plat kereta, motor. Lepas tu viralkan... biar satu Malaysia kecam. "Pergi salun, ambil sisa rambut di lantai. Ikat dengan kain buruk warna merah. Letak dekat tembok batu tu. "Buat laporan polis sebagai cover untuk masa akan datang. Kata mengganggu ketenteraman awam," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube