suria

Pengurus dedah pengunjung jadikan mall ‘rumah kedua’! Datang pagi balik malam... OKU, warga emas dihantar keluarga untuk healing

Masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk bahagia. -Gambar hiasan

PUSAT beli belah sering meriah dengan kedatangan para pengunjung tanpa mengira umur dan latar belakang.

Di sebalik 1,001 kisah pengunjung, siapa sangka ada yang menjadikan premis komersial itu sebagai sebahagian daripada kehidupan harian mereka.

Perkara ini didedahkan menerusi perbualan seorang wanita bersama seorang pengurus sebuah pusat beli belah di utara tanah air.

Ketika berbual, pengurus berkenaan menceritakan tentang kerenah para pelanggan yang datang ke pusat beli belah itu setiap hari.

Golongan OKU antara pengunjung pusat beli-belah. -Gambar hiasan

"Antara cerita menarik dia adalah hampir setiap hari, mall ni akan ni didatangi oleh pelanggan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

"Dan mereka datang menghabiskan masa bersendirian di mall," katanya menerusi satu hantaran di laman Threads.

Bercerita lanjut, katanya, pengurus tersebut memaklumkan bahawa pengunjung OKU dan warga emas dihantar oleh ahli keluarga mereka ke premis mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak murah jalan kaki... sila meninggal” - Wanita OKU dihina gara-gara bandingkan harga e-hailing, tindakan rancang kewangan dipandang serong

ARTIKEL BERKAITAN: Tak cukup RM3, warga emas terkial-kial seluk poket depan kaunter bayaran... Orang belakang buat tak tahu, sanggup beratur 15 minit

"Memang mereka ke situ bersendirian, tapi dihantar oleh ahli keluarga. Selepas itu mereka akan berlegar-legar dalam mall.

"Mereka menghabiskan masa sampai malam. Bila lapar, mereka akan makan. Lepas tu baru mereka pulang," ujarnya.

Tersedia kemudahan tandas awam untuk OKU. -Gambar hiasan

Tidak timbul masalah dari segi kemudahan kerana pusat beli belah menyediakan fasiliti seperti lif dan tandas awam untuk golongan OKU.

Menurutnya, rutin pengunjung 'khas' ini seperti biasa iaitu berjalan-jalan di dalam premis bagi mengisi masa lapang mereka sepanjang hari.

"Kalau penat berjalan, mereka akan duduk dan kadang-kadang tidur kat kerusi rehat yang ada. Tapi mereka menikmati masa seorang dirinya.

"Tapi apa yang pelik, mereka akan stay di mall dari pagi sampai malam," tambahnya mengenai cara mereka melakukan aktiviti harian masing-masing.

Mereka nampak sunyi. Mungkin kalau ada yang tegur, mahu layan borak berjam-jam.

WANITA

Ibarat 'rumah kedua', kata wanita itu, dia tiada masalah terhadap amalan atau gaya hidup mereka.

Namun dia hanya mempersoalkan tentang risiko keselamatan ahli keluarga yang dibiarkan bersendirian memandangkan mereka merupakan OKU dan warga emas.

Sesetengah orang boleh menghabiskan masa berjam-jam di pusat beli-belah. -Gambar hiasan

"Mall tu dah macam rumah pula. Bagi saya okay je. Kami mengalu-alukan semua jenis pelanggan. Tapi tak bahaya ke famili mereka ni biarkan mereka berehat sendirian dan selalu pula tu?

"Ke mana agaknya keluarga mereka ni? Memang sengaja tinggalkan mereka dekat mall ni atau memang OKU ni yang suka habiskan masa di mall sebab rasa tenang," katanya.

Di sebalik pendedahan tersebut, dia menyifatkannya sebagai satu perkara menarik apabila mengetahui sesetengah golongan mempunyai cara tersendiri untuk membahagiakan diri mereka.

Di ruangan komen, katanya, segelintir pengunjung OKU dan warga emas yang datang dengan berkerusi roda dan memakai tongkat.

"Mereka OKU anggota badan. Setakat ni, tak ada la kacau orang. Tapi mereka nampak sunyi. Mungkin kalau ada yang tegur, mahu layan borak berjam-jam.

"Semoga mereka ni selalu terpelihara dan dipermudahkan urusan," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain