suria

Peniaga yogurt sangsi individu gigih belajar resipi... Akhirnya jual produk sama, pelanggan jadi pesaing

Peniaga pasti kecewa apabila ada individu cuba ambil kesempatan atas kebaikan mereka. -Gambar hiasan

SEBAGAI peniaga, berdepan pelbagai ragam manusia sudah menjadi lumrah dalam urusan jual beli.

Namun, ada kalanya tingkah laku segelintir pelanggan tidak dapat diterima dek akal apabila ada yang bermuka tembok, seolah-olah tiada sekelumit perasaan malu.

Melalui satu video tular di laman TikTok, seorang wanita yang juga penjual yogurt buatan sendiri berkongsikan kisah menjengkelkan apabila seorang individu memintanya mengajarkan resipi istimewanya.

Dunia perniagaan memerlukan banyak kesabaran untuk menghadapi ujian demi ujian. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, kejadian bermula apabila dia menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali mengajak untuk berjumpa.

"Macam ni perbualan individu terbabit dengan saya ketika itu, saya datang dari jauh ni, boleh tak kita berjumpa kejap? Ingat nak belajar buat yogurt daripada puan.

"Harap dapat la bantu sesama kita," ujar individu itu tanpa rasa segan silu.

Cuba menahan sabar, wanita itu menjelaskan dia belum pernah lagi menyediakan bengkel pembuatan yogurt secara fizikal.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak suruh ajar goreng sosej ke?” - Chef Amer kecewa kerjaya dipandang rendah... Suruh anjur kelas untuk 30 orang, tapi bajet RM1,500

ARTIKEL BERKAITAN: Gerai jadi tumpuan, tapi terkejut tukang masak tuang sepaket garam dalam nasi goreng! Letak tauge pun jadi ‘isu’

"Tak boleh encik, saya memang ada urusan luar dan tiada di kedai buat masa ni. Lagipun encik baru telefon saya sekarang, kemudian nak datang pada hari yang sama. Macam tak kena je.

"Di sini juga saya nak perjelas, saya tidak pernah tawarkan kelas membuat yogurt kepada sesiapa dan tiada perancangan hendak berbuat demikian dalam masa terdekat ni, sebab saya pun tak mampu untuk berada di kedai setiap waktu.

"Proses pembuatan yogurt yang saya kongsikan di media sosial adalah untuk tontonan umum. Kalau pada masa akan datang saya anjurkan kelas membuat yogurt, ia sudah tentunya berbayar," jelas wanita tersebut.

Ibarat ambil buah oren daripada ladang, lepas tu jual balik kepada pemilik ladang tu.

WARGA MAYA

Tambahnya lagi, tidak lama selepas itu, tampil seorang lagi individu menghubunginya dengan permintaan yang turut sama kurang menyenangkan.

"Sampai satu tahap, saya dah gelisah nak angkat panggilan telefon daripada nombor tak dikenali. Hari tu ada seorang peniaga ni hubungi saya, dia pujuk saya untuk beli yogurt yang dia jual.

"Ayat dia lebih kurang macam ni, puan tak nak ke support bisnes saya? Sekurang-kurangnya selepas ni puan dah tak perlu susah payah hasilkan yogurt. Saya belajar buat yogurt ni pun daripada video puan.

Pelayar berkongsi rasa menyampah dengan tindakan individu berkenaan.

"Selepas dengar macam tu saya terus letak phone. Macam tak percaya boleh jumpa orang macam ni, mungkin inilah yang dinamakan sebagai liku-liku perniagaan," ujarnya menutup bicara.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya juga tergamam dengan kerenah individu-individu dalam penceritaan wanita itu.

"Dalam kepala mereka ni fikir apa eh agaknya? Ibarat ambil buah oren daripada ladang, lepas tu jual balik kepada pemilik ladang tu.

"Stres betul membacanya, memang tiada langsung common sense puak mereka ni. Dah belajar ilmu daripada guru, lepas tu nak melawan sifunya," demikian kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain