PERKONGSIAN kisah mengenai skandal dengan rakan sekerja di media sosial bukanlah satu perkara baharu. Sama ada di pejabat, kilang atau di mana-mana tempat kerja sekali pun, hubungan terlarang ini boleh berlaku kerana bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Apa yang lebih teruk jika skandal di tempat kerja melibatkan individu yang memegang status isteri dan suami orang. Dalam satu hantaran di media sosial, seorang pelayar turut berkongsi kisah skandal di tempat kerja membabitkan pekerjanya sendiri. Pekerja perlu menjaga batas pergaulan dengan rakan sekerja. -Gambar hiasan "Saya pernah ada seorang staf dulu. Dia ni dah kahwin tapi suka skandal dengan isteri orang. Saya tanyalah sebab apa? "Dia cakap boleh 'bersama' tanpa pakai perlindungan. Saya tanya lagi, habis tu nanti kalau perempuan tu pregnant macam mana?" kongsinya. Namun menurut pelayar berkenaan, jawapan yang diberikan oleh pekerja tersebut benar-benar membuatkan dirinya kelu seribu bahasa. ARTIKEL BERKAITAN: Usahawan jijik dengar perbualan di kedai makan! Lelaki, perempuan rancak sembang lucah... Skandal dianggap normal ARTIKEL BERKAITAN: Jalan sesak tapi cepat sampai tempat kerja, suami jejak isteri guna aplikasi! Sah tumpang abang ipar, kantoi curang "Dia cakap lantaklah... suami dialah yang tanggung. Mulai hari itu saya belajar sesuatu. "Wali Allah pun wujud, wali iblis pun wujud dekat dunia ni," tulisnya lagi. Menjengah ruangan komen, ada dalam kalangan netizen turut berkongsi kisah yang hampir serupa di tempat kerja masing-masing. Benda yang halal ni jemu kalau tak ditambah perasa. Yang bukan halal sentiasa indah dipandang mata. NETIZEN "Dah pernah jumpa. Tapi bujang dengan wife orang. No string attached katanya. "Aku tengok depan mata sendiri. Ada isteri yang curang bila dia dah jumpa dengan lelaki yang lebih daripada suaminya... sanggup minta cerai. "Pernah jumpa macam ni. Anak (bayi yang dilahirkan) ikut muka skandal tu walaupun dah ada suami. Entahlah dunia sekarang," komen netizen. Reaksi netizen terhadap perkongsian berkenaan. Dalam masa yang sama, mereka turut berkongsi nasihat agar mana-mana individu khususnya yang sudah mendirikan rumah tangga agar tidak terjebak dengan maksiat sedemikian. "Sebab itu bila ada masalah jangan luahkan pada rakan lain jenis (jantina). Nanti ditakuti daripada kasihan bertukar simpati, kemudian bertukar sayang.. "Benda yang halal ni jemu kalau tak ditambah perasa. Yang bukan halal sentiasa indah dipandang mata," demikian antara komen netizen. Sebagai peringatan bersama, mereka yang beragama Islam ditegah menghampiri zina kerana perlakuan sedemikian adalah dilarang di sisi agama. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube