suria

Dua rakan pemalas, kaki ponteng... Wanita malu warga asing lebih hargai kerja - “Mereka pelik sekejap ada, tak ada”

Kebanyakan pekerja suka ambil kesempatan jika mendapat majikan sering bertolak ansur. - Gambar hiasan

MASALAH disiplin membabitkan kakitangan merupakan salah satu cabaran terbesar buat majikan.

Dalam satu hantaran tular di Threads, seorang pekerja meluahkan rasa malu apabila hanya dia seorang yang pergi bekerja seperti biasa, mengikut waktu ditetapkan sementara rakan lain culas atau sering memberi alasan untuk bekerja.

Keadaan ini membuatkan pekerja wanita ini berasa malu dengan warga asing di tempat kerjanya yang dilihat amat berdisiplin dan menjaga periuk nasi masing-masing.

photo_2024-09-24_12-47-26

Tangkap layar perbualan antara wanita ini dengan rakan sekerjanya.

"Kadang aku rasa malu nak masuk kerja disebabkan dua ekor ni. Malu sebab apa? Malu dengan bangsa asing di mana diaorang hari-hari tengok aku masuk kerja seorang.

"Diaorang macam pelik asyik aku seorang je masuk kerja. Yang lain kejap datang, kejap tak datang," katanya kesal.

Walaupun sering menghadiahkan senyuman kepadanya dan tidak pernah bertanya tentang rakan-rakan lain, namun wanita ini percaya dalam hati mereka ada terdetik 'budak Melayu malas bekerja'.

"Dari mula kerja sampai sekarang ada je alasan tak nak masuk kerjalah, tak nak OT (overtime) la, anak sakitlah, mak sakitlah.

"Menyirap je aku, diaorang ni nasib baik sebab leader yang jaga department aku ni baik gila walaupun dia bangsa asing. Sikit pun tak marah diaorang. Tapi itulah tak bersyukur langsung," keluhnya.

Menerusi perkongsiannya, dia juga memuat naik tangkap layar perbualan dengan rakan-rakan sekerja yang memberikan pelbagai alasan untuk tidak hadir.

ARTIKEL BERKAITAN: Staf pemalas bagi alasan hujan, lupa bos tahu tempat kerja dekat rumah... Matahari dah keluar tetap menipu nak cuti!

ARTIKEL BERKAITAN: Upah RM90 sehari tapi buat kerja cincai! Bos servis cuci-cuci hilang sabar dengan pekerja lokal... Rela buat permit gajikan warga asing

Susulan sikap dua rakannya itu, dia nekad untuk tidak mahu lagi melayan permintaan supaya memaklumkan kepada penyelia bahawa mereka mempunyai kekangan tidak dapat bertugas.

"Ramai lagi yang menggangur tak ada kerja tapi korang yang dah dapat kerja, kerja yang okay boleh pula main-main, tak faham aku.

"Memang last la aku nak tolong bagitahu leader pasal cuti korang ni. Cakap sndiri ya. Malas nak ambil port dah," katanya mengakhiri posting luahan perasaan.

Ramai lagi yang nak kerja, kalau tak boleh bagi komitmen tak payah kerja.

WARGA MAYA

Menurut wanita itu, dua rakannya itu masing-masing berstatus bujang dan ibu tunggal.

Mereka baru bekerja di sebuah kilang, dipercayai sebagai operator pengeluaran.

"Kerja kilang je dan kitaorang baru je kerja sebulan lebih, masih dalam pemerhatian selama tiga bulan.

"Tapi itulah, belum pun cukup dua bulan dah buat perangai," katanya.

Dia turut memberitahu, bangsa asing yang dimaksudkan adalah mereka dari Nepal, Myanmar dan Sri Lanka.

photo_2024-09-24_12-47-23

Antara komen warga maya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya turut berkongsi pengalaman yang hampir sama dengan wanita itu.

Ada juga antara mereka mengecam sikap tidak bertanggungjawab dua rakannya yang dianggap tidak bersyukur di negara sendiri dan memalukan bangsa Melayu.

"Ramai lagi yang nak kerja, kalau tak boleh bagi komitmen tak payah kerja.

"Sama tempat saya, senggugut tiap bulan, sakit muscle la, mak pakai kereta la, rasa flu la, pening-peninglah. Penat sangat jadi admin dulu," demikian antara komen warga maya.

Sementara itu, seorang pelayar tampil dengan komen berbeza daripada netizen lain.

"Bangsa asing terpaksa rajin kerja dekat Malaysia sebab kalau tak kerja diaorang nak lari mana dalam Malaysia ni? Lagi-lagi permit diaorang under majikan.

"Orang Malaysia kalau pergi oversea pun terpaksa rajin kerja sebab sama situasi maacm bangsa asing kerja di malaysia.

"Warga asing ni pun kalau kerja di negara sendiri mesti ada yang perangai macam ni. Macam 'chipsmore'(suka ponteng) sebab ada tempat nak balik," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain