UMUM mengetahui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditubuhkan untuk memastikan setiap pelajar yang layak mampu melanjutkan pengajian tanpa perlu risau tentang masalah kewangan. Namun pinjaman PTPTN tersebut harus dibayar semula untuk memastikan generasi mahasiswa yang seterusnya turut dapat menikmati manfaat sama. Melalui satu hantaran di laman TikTok, seorang wanita merangkap penasihat kewangan mengupas soalan yang dianggap menjengkelkan diterima daripada pengikut di media sosial. PTPTN banyak membantu graduan belajar di menara gading. -Gambar hiasan Menurut wanita itu, dia seolah-olah bingung memikirkan pendekatan yang perlu diambil untuk menjawab soalan tersebut. "Sis, saya nak pergi umrah hujung bulan ni, tapi PTPTN saya tak pernah bayar, ada sekatan imigresen tak?" demikian soalan yang diajukan kepadanya. ARTIKEL BERKAITAN: Hidup disara, GF tolong langsai hutang... Pemuda enggan bayar balik duit awek lepas putus, tak pernah pun minta dibantu ARTIKEL BERKAITAN: Bapa hampir pencen rancak buat hutang, tahu-tahu lebih RM800,000! Anak risau tak sempat bayar sebelum meninggal Untuk makluman, mereka yang gagal melunaskan pinjaman PTPTN berkemungkinan disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia bagi perjalanan ke luar negara. "Apa pendapat kalian? Penat aku cari jawapan," ujar wanita berkenaan, sinis. Duit nak pergi umrah ada, tapi rupanya liat bayar PTPTN, memang kelakar. WARGA MAYA Dalam pada itu, rata-rata warga maya di ruangan komen dilihat terkedu apabila mengetahui hasrat wanita itu untuk menunaikan umrah tatkala dirinya dibelenggu hutang. "Ingat, menunaikan umrah itu hukumnya sunat manakala melangsaikan hutang pula hukumnya wajib, fikir-fikirkanlah nak utamakan yang mana satu dulu. "Dinasihatkan untuk selesaikan hutang sebelum berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan haji atau umrah, kita tak tahu mungkin kita mati di sana. Berat roh kita kalau mati dalam keadaan masih berhutang. Pelayar bertukar pandangan. "Duit nak pergi umrah ada, tapi rupanya liat bayar PTPTN, memang kelakar. Tapi mungkin juga dia pergi umrah tu dibiayai oleh ibu bapa, rakan atau organisasi tertentu. Lebih baik kita bersangka baik daripada membuat tanggapan yang meleset. "Apa-apa pun bab hutang ni jangan dibuat main, elakkan bertangguh untuk bayar. Tak perlu pun bayar 'segedebuk' hutang tu, boleh je bayar beransur-ansur. Ini sampai tak bayar langsung, memang melampau," demikian kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube