suria

Nama sendiri, adik panjang sangat! Individu merungut susah travel luar negara... Tiket lebih mahal, kena ‘hadap’ proses memenatkan

Nama terlalu panjang dikatakan menimbulkan kesukaran apabila seseorang itu ke luar negara. - Gambar hiasan

TREND memberikan nama panjang kepada anak perlu difikirkan semula oleh ibu bapa kerana ia mungkin memberikan kesukaran kepada anda dan anak itu sendiri pada masa hadapan.

Jika anda beranggapan kesukaran itu hanyalah perlu mengambil masa yang lama untuk menulis nama yang panjang ketika mengisi borang, ternyata anda silap kerana masalah lain mungkin akan timbul.

Seorang individu yang tidak mendedahkan namanya dalam perkongsian di Komuniti Backpackers Buddies Malaysia (BBM) di Facebook mendedahkan dia berdepan kesukaran apabila berada di luar negara kerana nama yang terlalu panjang.

Nama yang terlalu panjang juga memberikan masalah bagi mereka yang ingin membuat passport. - Gambar hiasan

Mungkin timbul 'isu' ketika membuat pasport apabila nama seseorang itu terlalu panjang. - Gambar hiasan

"Tak boleh beli tiket kapal terbang, kereta api dan pelbagai lagi melainkan pembelian secara terus di kaunter di mana harga jauh lebih mahal.

"Malah, dokumen juga kebanyakan maksima 26 hingga 32 abjad sahaja, kalau lebih panjang kena melalui proses lain yang begitu memenatkan," katanya tanpa menyatakan negara yang dikunjungi.

Dia turut berkongsi pengalaman berdepan masalah ketika membuat passport adiknya di Jabatan Imigresen Malaysia, juga kerana nama yang panjang.

"Baru-baru ni saya buatkan pasport untuk adik. Saya pernah terbaca kita boleh buang (abai) bin/binti tu dari pasport sebab nama dia pun terlalu panjang. Tetapi pegawai itu kata mesti kena ikut nama dalam MyKad juga, tak boleh 'buang' binti," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh budak pra sekolah stres nama panjang, tak usul periksa ibu bapa Amanda sakan dihentam... ada kata tak kelakar, siap minta JPN pantau!

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada sijil lahir gara-gara nama anak terlalu panjang, suami isteri tulis surat terbuka kepada Presiden Jokowi

Individu berkenaan kemudian meminta pandangan ramai tentang kaedah terbaik yang perlu dilakukannya memandangkan adiknya juga berdepan situasi yang sama.

"Apakah solusi yang saya boleh buat? Saya ada adik lagi seorang belum buat pasport. Nak suruh dia angkat sumpah tukar nama ke macam mana ya nak atasi masalah nama panjang ni.

"Dia masih belum ada dokumen rasmi seperti bank, pasport dan sebagainya. Saya bebal sungguh dah ni nama panjang-panjang," katanya.

Pandangan warga maya. - Foto Facebook

Pandangan warga maya. -Foto FB

Sementara itu, di ruangan komen seorang pengguna memaklumkan dia juga mempunyai nama yang panjang iaitu 40 abjad termasuk binti, nama bapa serta jarak. Namun, masalah itu dapat diatasi dengan beberapa kaedah.

"Nama penuh tak muat, jadi MyKad saya tiada nama ayah langsung, kena ada dokumen pendua. Saya dapat satu slip yang ada nama penuh dan gambar. Jadi bila buka akaun bank atau nak bawa keluar duit bank dulu selalu kena bawa surat beranak sekali.

Setakat ini saya beli tiket kapal terbang, buat visa ke United Kingdom dan New Zealand semua OK tanpa perlu letak 'binti'.

SAIDATUL FARAHIYA

"Bila buat pasport, nama saya masih tiada binti mahu pun nama ayah dekat muka pertama sebab ikut MyKad. Cuma muka surat kedua ada nama penuh, dia tulis “bearer also known as”. Setakat ini saya beli tiket kapal terbang, buat visa ke United Kingdom dan New Zealand semua OK tanpa perlu letak binti," kongsi Saidatul Farahiya.

"Nama panjang tiada masalah pun, saya dulu pun ada kad pengesahan nama sebab dalam MyKad tak muat nama. Untuk pasport ia akan ikut MyKad, jika nama panjang tak muat, nama akan dicetak pada bahagian tanda tangan dalam passport tersebut," kongsi Amir Luqman Al-Hakiem.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain