suria

4 ahli keluarga selalu ‘usik’ masa kecil, kini baru tahu rupanya cabul! Mangsa geram datuk, pakcik durjana dah meninggal... 2 lagi masih bebas

Dalam kebanyakan kes, pelaku adalah individu yang dikenali mangsa. -Gambar hiasan

REALITI hidup masa kini, banyak kes jenayah seksual melibatkan kanak-kanak dipaparkan di media sosial mahupun media arus perdana seperti kes cabul, pengantunan seksual (sexual grooming) dan sebagainya.

Berdasarkan paparan kisah yang dikongsikan, boleh dikatakan kebanyakan pelaku kes ini adalah individu yang mempunyai pertalian darah dengan mangsa.

Terpanggil untuk berkongsi kisah, seorang individu tampil membuat pendedahan di laman sosial mengenai pengalaman hitam menjadi mangsa 'grooming' ahli keluarga sendiri.

"Sejak viral kes pedofilia, child grooming, saya jadi triggered akan kisah silam saya sewaktu berumur tujuh hingga 10 tahun yang diusik oleh datuk, pakcik, abang serta adik saudara," luahnya dalam hantaran berkenaan.

atuk 2

Mangsa cabul atau rogol akan mengalami trauma untuk tempoh yang lama. -Gambar hiasan

Menurut individu yang tidak mendedahkan identiti dirinya itu, disebabkan masih kecil, dia sama sekali tidak mengerti apakah maksud perbuatan sebegitu.

Bagaimanapun, perasaan marahnya membuak buak selepas mendapat tahu dirinya pernah menjadi mangsa sehingga dihantui peristiwa hitam itu hingga kini.

ARTIKEL BERKAITAN: Rajin bawa jalan-jalan, siap check in kondo... Guru bujang jadi kegemaran murid, ibu bapa pun suka! Rupanya baik ada makna

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kahwin ayah angkat pelik dilabel mangsa ‘child grooming’, tahu hukum halal haram... “Yang kecam, belajar agama lagi ya”

"Perkara ni betul-betul mengganggu saya. Sekarang saya jadi murung dan menangis selalu.

"Tapi orang yang buat saya tu dah mati. Abang dan adik saudara masih ada. Cuma saya lebih geram dengan perangai atuk saya.

"Masa kecil-kecil saya tak faham apa yang dia buat, dia cuma cakap dia sayang saya... sebab tu dia buat macam tu. Argh geram betul saya bila teringat!

"Boleh ke kita dakwa orang yang telah mati?" luahnya lagi dalam hantaran berkenaan.

Kita tak mampu nak puaskan hati. Tapi percayalah, dia akan terima balasan setiap apa yang dia buat.

NETIZEN

Perkongsian individu tersebut mengundang perhatian warga maya yang tampil meluahkan rasa simpati dengan nasib dirinya.

Bagaimanapun rata-rata mereka menyarankan individu berkenaan agar mendapatkan khidmat kaunseling bagi mengatasi trauma yang dialaminya.

komen atuk

Antara reaksi netizen terhadap perkongsian individu berkenaan.

"Orang hidup yang dituduh sekalipun, dan kemudiannya dia mati, pertuduhan akan ditarik balik dan kes akan dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) atau dibebaskan sepenuhnya (DNA). Sebab dah tak ada subject nak dituduh, apatah lagi nak menghadapi hukuman jika disabitkan kesalahan.

"Setiap perbuatan jahat atau baik ada pembalasannya... kita tak mampu nak puaskan hati. Tapi percayalah, dia akan terima balasan setiap apa yang dia buat.

"Cuba dapatkan khidmat kaunseling supaya kaunselor dapat membimbing awak cara yang terbaik untuk atasi perasaan marah dan trauma yang awak hadapi. Kalau nak saman, saman yang masih hidup tu," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain