SETIAP momen indah dalam sesebuah majlis perkahwinan tidak mungkin dapat diulang dan menjadi memori bagi pasangan pengantin. Namun tidak semua mempelai mampu mengupah jurufoto profesional bagi membantu merakamkan momen-momen istimewa sepanjang majlis berlangsung. Seorang jurufoto yang hanya ingin dikenali sebagai Abang Sen, 30, tersentuh hati ketika melihat pasangan pengantin baharu sedang bersantai di Pantai Robina di Butterworth, Pulau Pinang. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya datang ke pantai pada hari tu untuk santai-santai dan asah bakat ambil gambar dengan kawan-kawan jurufoto lain. "Sewaktu berjalan dekat sana saya ada ternampak pasangan pengantin tengah duduk di tepi pantai. Tapi saya perhatikan tak ada kelibat photographer bersama pun. "Selalunya orang lepas bersanding datang dekat tempat pemandangan lawa macam ni sebab nak ambil gambar kahwin," katanya kepada mStar. Melihat keadaan mereka, dia yang berasal dari Gurun, Kedah, terus menawarkan diri untuk mengambil beberapa keping foto mereka berdua yang baru mendirikan rumah tangga pada Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Rosak gambar kahwin... Jurugambar tegur sikap tetamu lelaki hadir pakai selipar, jeans lusuh - “Perempuan boleh je pakai lawa-lawa” ARTIKEL BERKAITAN: Demi gambar kahwin estetik, pengantin baharu nyaris dilanggar kereta api... Ramai geram tengok reaksi jalan ‘lenggang kangkung’ keluar rel Bagaimanapun, pasangan ini pada mulanya teragak-agak untuk menerima tawaran yang diberikan oleh Abang Sen. "Saya pun offer la nak ambilkan gambar mereka berdua sebagai pengantin baharu. Masa mula-mula saya pelawa tu nampak la mereka malu-malu nak terima cadangan saya. "Segan katanya. Mungkin sebab mereka ingat akan ada bayaran kot lepas siap ambil gambar. Tapi saya cakap dekat mereka tak perlu risau. Cuma ambil gambar buat kenangan je. "Tak perlu pun nak bayar atau beri upah pada saya. Lagipun saya yang tawar nak ambil gambar secara ikhlas jadi percuma je untuk bergambar," katanya. Foto hasil bidikan Abang Sen. Melihat video yang sempat dirakam oleh Abang Sen, jelas terpancar wajah ceria pasangan raja sehari itu yang lengkap memakai baju pengantin bertemakan warna biru. Menurut Abang Sen yang juga penasihat jualan di Perodua ini, dia tidak menyangka kandungan yang dikongsikan menjadi tular di TikTok. Bagaimanapun paling tidak disangka, ada kisah lain di sebalik perkahwinan pasangan ini selepas membaca komen salah seorang individu yang mendakwa dirinya merupakan kakak kepada pengantin. "Masa kejadian tu saya tak sempat nak tanya dia banyak soalan pun. Cuma saya dapat tahu dari komen dekat video yang mereka datang dari Port Dickson, Negeri Sembilan. Nampak macam benda ni kecil saja tapi mungkin sangat bermakna bagi pasangan pengantin tersebut. ABANG SEN "Pasangan pengantin ni datang ke Pulau Pinang sebab tumpang kenduri di Teluk Air Tawar saja. Memang terharu bila baca komen tu. "Lepas siap ambil gambar mereka, saya minta nombor telefon pengantin lelaki. Saya beritahu dia nanti sudah siap edit (sunting) saya hantar gambar," jelasnya. Dia yang sudah berumah tangga mengakui berasa senang hati apabila dapat menggembirakan pasangan pengantin baharu tersebut. Jelas Abang Sen, sebanyak 13 keping foto disunting dan diberikan kepada pengantin lelaki secara percuma. Abang Sen menerima pujian ramai atas kebaikannya. "Bagi saya, sebagai manusia tak rugi pun kalau kita buat baik kepada orang. Nampak macam benda ni kecil saja tapi mungkin sangat bermakna bagi pasangan pengantin tersebut. "Video saya post sebagai content di TikTok tu memang dapat banyak pujian dan doa daripada orang ramai. Ada juga orang bertanya fasal pakej photoshoot untuk majlis kahwin tapi saya terpaksa tolak. "Saya masih kumpul duit untuk beli kelengkapan kamera jadi buat masa sekarang ni saya hanya buat shoot yang mudah-mudah saja macam majlis tunang, pre-wedding dan hari konvokesyen," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube