suria

Tengah tunggu giliran di farmasi, orang sebelah tiba-tiba minta RM3... Lapar lepas ambil ubat, tak ada duit nak beli nasi

Seorang wanita sayu kenang nasib individu yang meminta bantuan daripadanya. -Gambar hiasan

PELBAGAI kisah sedih yang berlaku dalam masyarakat adakalanya akan menguji sejauh mana empati dan keprihatinan kita.

Ketika semua orang berlumba-lumba mahukan yang terbaik buat diri sendiri dalam melakukan sesuatu, kadang kala penting untuk seseorang itu melihat nasib orang di sekelilingnya.

Melalui satu hantaran tular di laman Facebook, seorang wanita berkongsi pengalamannya yang memberikan 1,001 pengajaran untuk kita.

Setiap insan tidak terlepas daripada ujian hidup. -Gambar hiasan

Menurutnya, dia ketika itu berada di farmasi Klinik Kesihatan untuk mengambil ubat, sebelum dirinya ditemukan dengan seorang individu yang duduk di sebelahnya, disangka turut menunggu giliran.

"Insiden ini memberikan pengalaman yang mendalam kepada saya. Ceritanya begini, saya tengah tunggu giliran nak ambil ubat. Tiba-tiba selepas 10 minit, ada seorang wanita ni bertanya kepada saya, ada tak RM3?

"Katanya untuk buat makan, nak beli nasi. Saya pun terus serahkan RM3 kepadanya tanpa bertanya dengan lebih lanjut. Selepas itu, wanita berkenaan terus beredar.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terkedu saksi lelaki miskin! Sanggup minta 50 sen nak isi minyak motosikal, tak sedap hati suami cuma bagi RM3

ARTIKEL BERKAITAN: Demi anak tersayang, bapa tebal muka minta bantuan... Tak mahu duit, cukup sekadar beg sekolah terpakai

"Saya berandaian wanita itu sudah mengambil ubat tetapi sedang menunggu di farmasi berkenaan jika ada rezeki yang menantinya untuk dia mengisi perut," ujarnya.

Jelas wanita itu lagi, dia tidak tergamak untuk menyoal secara berlebih-lebihan kerana risau akan menjatuhkan air muka individu tersebut.

"Lagipun ketika tu kami masing-masing sedang pakai pelitup muka, tak mahu la banyak bertanya, risau nanti dia yang malu. Semoga wanita tersebut kenyang perutnya dan berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Kisah masyarakat seperti ini mengajar kita untuk sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

WARGA MAYA

"Dan semoga anakku yang tidak sihat hari ini juga segera sembuh," katanya mengakhiri bicara.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya berharap wanita yang meminta RM3 tersebut akan menemui sinar harapan untuk menjalani kehidupan lebih baik.

"Sangat menyentuh hati! Terima kasih kerana berkongsi kisah ini. Bantuan yang kecil boleh membawa makna yang besar kepada seseorang. Semoga wanita itu dapat membeli makanan yang dia perlukan.

Seseorang itu tidak akan rugi jika bersedekah. -Gambar hiasan

"Kisah masyarakat seperti ini mengajar kita untuk sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

"Apabila kita tolong orang lain, kita sebenarnya juga membantu diri sendiri. Semoga ramai di luar sana mendapat inspirasi daripada kisah ini. Syabas," kata sebahagian pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia