suria

Menyusahkan suami! Lelaki korek tabung, cari jalan kumpul 17K... Tergamam dapat tahu isteri senyap-senyap pinjam ah long

Pengurusan kewangan yang cekap penting untuk mencegah hutang bertimbun. -Gambar hiasan

RUMAH tangga pasti berkekalan sekiranya suami isteri sanggup berkorban dalam apa jua hal.

Namun ia tidak semudah yang disangka terutamanya apabila dihimpit musibah di luar jangkaan.

Melalui satu luahan tanpa nama di laman X, seorang lelaki menzahirkan rasa cemas apabila menyedari isterinya mempunyai hutang berjumlah ribuan ringgit, lebih malang apabila ia diambil daripada pemberi pinjaman tanpa lesen atau 'ah long'.

Amalan berhutang seharusnya dielakkan. -Gambar hiasan

Menurutnya, dia kini sedang buntu mencari solusi untuk melangsaikan hutang berkenaan, memandangkan dia diberikan tempoh masa yang suntuk iaitu hanya tiga hari.

"Ini sangat urgent, aku perlukan RM17,000 sesegera mungkin. Ada sesiapa boleh kongsikan mana-mana platform bank atau aplikasi yang senang nak luluskan pinjaman? Apa-apa pun boleh asalkan bukan ah long.

"Aku terjebak dalam situasi ni sebab isteri aku pergi berhutang dengan ah long. Untuk makluman, aku punya CTOS (laporan kredit) rendah tapi komitmen tinggi," ujarnya terdesak mencari talian hayat.

ARTIKEL BERKAITAN: 17 tahun sara keluarga, jadi tukang bayar loan bank dan hutang Ah Long suami... Isteri tak pernah tahu mana pergi wang dipinjam

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri lari ikut pakwe lama, tinggalkan anak-anak selepas suami bankrap - “Saya muflis pun sebab nak kayakan dia”

Tambahnya lagi, dia sudah mencuba pelbagai ikhtiar dan keadaannya kini boleh diibaratkan seperti telur di hujung tanduk.

"Aku dah berusaha sehingga ke maksimum, aku keluarkan duit daripada semua akaun simpanan untuk tolong bayarkan hutang isteri. Tapi masih belum cukup untuk bebaskan dia daripada genggaman ah long," kata si suami hampir putus asa.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berpendapat lelaki itu mempunyai harapan tipis dan perlu mendapatkan bantuan khidmat guaman.

Pembawa malang je isteri macam ni, apa dia fikir berhutang dengan ah long sampai begitu.

WARGA MAYA

"Berat masalah kau ni, hutang ah long tu dijamin tak akan pernah selesai. Kalau kau bayar sekalipun jumlah yang dia minta, bunganya akan sentiasa bertambah dan tak akan pernah habis. Kau akan terus-menerus membayar.

"Bukannya satu tindakan yang bijak untuk tambah hutang baharu bagi menyelesaikan hutang yang lama. Ini aku cakap berdasarkan pengalaman sendiri, sekali kau terlibat dengan ah long, susah dah nak keluar.

Pelayar bertukar pandangan.

"Mereka banyak caj tersembunyi yang entah daripada mana muncul. Aku cadangkan kau dapatkan peguam je, baru tak kena kelentong dengan ah long dan nasib kau berkemungkinan akan terbela.

"Satu lagi cara mudah yang mungkin kau kurang setuju, ceraikan je isteri tu dan larikan diri. Pembawa malang je isteri macam ni, apa dia fikir berhutang dengan ah long sampai begitu," kata warga maya berjenaka ringan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia